Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 9, 2014

PERTUBUHAN ISLAM KATA NAJIB BODOH LANTIK 29 AHLI MAJLIS PERPADUAN.?



 Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mempertikaikan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila melantik 29 ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang majoritinya bukan Islam dan puak liberal sehingga mencetuskan kontroversi apabila menghentam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) berkata, kewajaran pemilihan Najib itu dipertikai kerana majoritinya mereka adalah golongan yang dianggap liberal dan lebih ramai ahlinya adalah bukan Islam.

"Walhal Datuk Seri Najib sebelum ini dalam kenyataannya telah berikrar untuk menolak liberalisme dan akan mempertahankan kalimah Allah.

"Jadi sekarang ini di mana kebijaksanaannya sehingga orang yang dilantik jelas mendokong agenda liberal. Bahkan perbincangan dan keputusan yang bersangkutan dengan agama Islam ini juga telah diputuskan oleh majoriti bukan Islam," katanya.

Mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) telah mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan Jais kerana membuat serbuan serta merampas lebih 300 nashkah Bible di premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) Khamis lalu.
Bagi Abdullah, kenyataan yang dikeluarkan oleh MPKN itu membayangkan hakikat bahawa terdapat sesuatu yang tidak normal berlaku dalam pertimbangan Najib.

Antara ahli MPKN ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Tan Sri Lee Lam Thye, Tan Sri Ramon Navaratnam, Dr Micheal Yeoh Oon Kheng, Datuk Datuk Johan Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Datuk Saifuddin Abdullah, Anas Zubedy, Wardina Saffiyah, Mohamed Maliki Mohd Rapie dan Jagir Singh.

MKPN ini telah diumumkan Najib pada 23 November lalu sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum terus teguh.

Dalam sidangnya yang pertama, pengerusi MPKN Tan Sri Samsudin Osman mengkritik cara Jais menyerbu PBM kerana ia bertentangan dengan perjanjian 10-perkara antara kerajaan dengan kumpulan Kristian.

Antaranya adalah mereka boleh mengimport Bible berbahasa Melayu. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments: