Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 23, 2014

MADAH BERHELAH BILA KALAH ?

Tarik balik saman Tian Chua bukan bererti Umno beralah, kata Tengku Adnan
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menolak andaian bahawa tindakan menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua yang lain bermakna Umno beralah dengan pihak yang berniat jahat terhadap parti itu.

Beliau sebaliknya mendedahkan keputusan itu diambil setelah Tian Chua membuat tawaran untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah berhubung penyiaran artikel mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata Tian Chua membuat tawaran itu kepada Umno menerusi peguam parti Datuk Mohd Hafarizam Harun dengan kehadiran Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.


"Umno tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes itu, pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan," tegasnya dalam kenyataan media, di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan turut mengemukakan dokumen Perintah Penghakiman Persetujuan antara Umno dan Tian Chua bersama dua lagi individu, yang menyatakan Tian Chua jelas kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang Umno' telah dirujuk kepada Umno.

Sementara Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga dalam saman fitnah itu telah dengan serta-merta mengeluarkan artikel terbabit daripada laman web mereka.

Tengku Adnan turut menegaskan bahawa walaupun saman fitnah itu selesai, Tian Chua masih lagi berhadapan dengan tuduhan jenayah iaitu hasutan di Mahkamah Sesyen di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat berhubung insiden tersebut.

Pada 11 April 2013, Ab Rauf memfailkan saman terhadap Tian Chua, Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas yang mengaitkan Umno dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Bagaimanapun, Umno menarik semula saman itu pada 13 Januari lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntuan saman itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop. - Bernama, 22 Januari, 2014.

No comments: