Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 29, 2014

ALHAMDULILLAH ! BERITA YANG DITUNGGU DAH SAMPAI !


Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.

Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan.

Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi.

Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

4 comments:

Mazwandi Mustaffa said...

Saya tetap dengan pendirian saya. Bahawa segala episod ini membuatkan PKR adalah saling tidak tumpah spt umno.

Namun, jika diarahkan kepimpinan utk bersama dalam PRK, ana terpaksa bersetuju.

ps- tolong berani komen guna nama sendiri ya..... jangan jadi penakut.

Ab halim said...

Walaupun pahit utk ditelan Tetapi ianya harus diterima demi untuk menyelamatkan keadaan.Jgn lupa DUN Lunas,Penanti pernah berlaku demikian.Apakah strategi harus diwar warkan kpd Umum terlebih dahulu?Setiap tindakan pimpinan ada muslihatnya.Kita sebagai ahli kpd Jamaah harus patuh jgn mudah melatah.

Anonymous said...

Sepatutnya orang PAS ada kumpulan Usrah dan jika selalu berusrah maka gerakan aktiviti di kawasan sekitarnya dan gerakan politiknya akan terkawal dan hasil perkongsian jemaah dari segi nasihat, semangat dan tunjukajar dai ilmu yang dibincang akan menghasilkan insan yang boleh menjaga tuturkata malah dalam penulisannya. Ahli PAS yang berusrah tidak akan melepaskan kata-kata yang memaki suatu bangsa atau parti yang telah kita berthalauf siyasi. Kita nafikan satu parti itu sebab kita benci dengan perangai atau kata-kata nya yang kita tidak setuju.

firdaus mansor said...

Salam mazwandi,

Jangan susah hati beb. Lu join parti bebas lagi baik. Itu baru kira lu support PKR kalah, kasi umno menang beb. lu punya suka lah!