Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 30, 2013

BERKILAUAN EXCO SELANGOR 2013-2018 !


2 minggu lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dipilih menjadi Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua bagi menerajui pentadbiran Negeri Selangor.

Berikut merupakan bidang kuasa dan portfolio yang dipertanggungjawabkan untuk sesi pentadbiran tahun 2013-2018:

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Iskandar Abdul Samad – Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peeroka Bandar.

Dr Ahmad Yunus Hairi – Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dr Halimah Ali – Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Sallehin Mukhyi – Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Ean Yong Hian Wah – Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram.

Ganabathi Rao Veraman – Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Datuk Teng Chang Khim – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Dr Rodziah Ismail – Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita.

Dr Daroyah Alwi – Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Elizabeth Wong Keat Ping – Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Hannah Yeoh – Speaker Dewan Negeri Selangor.

Nik Nazmi Nik Ahmad – Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

DAHLAH KECOH ,KINI MOHON PERMIT TAK SAMPAI 10 HARI ?

PETALING JAYA 30 Mei - Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang ditangguhkan kelmarin ekoran limpahan penyokong masuk ke stadium akan diadakan semula pada Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah memutuskan bahawa jawatan kuasa pertandingan telah bersetuju perlawanan itu diadakan semula setelah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh kedua-dua pihak.

"Selepas meneliti semua laporan yang dikemukakan, kami berpuas hati dan membuat keputusan perlawanan akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini pada jam 4.15 petang.

"Pemilihan Stadium Bukit Jalil dan beraksi waktu petang memandangkan pada waktu malam akan diadakan aktiviti lain manakala Stadium Shah Alam pula digunakan untuk sebuah acara konsert," kata Hamidin pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Hamidin turut menegaskan, semua kos perbelanjaan untuk pasukan Johor Darul Tadzim (JDT) sepanjang pasukan itu berada di Bukit Jalil menjelang perlawanan kedua separuh akhir Piala FA Sabtu ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Pahang termasuk tempat penginapan.

Kepada peminat yang hadir ke Stadium Darul Makmur semalam, tiket boleh ditebus di Pejabat Persatuan Bola Sepak Pahang dan tiket baru akan dikeluarkan pada hari jumaat bermula jam 9 pagi sehingga hari sabtu.

Tambahnya, menurut laporan yang diterima hasil siasatan yang dilakukan oleh pegawai Stadium Darul Makmur mendapati empat pintu masuk stadium telah dipecah masuk.

Perlawanan Pahang dengan JDT sepatutnya dimulakan pada 8.45 malam itu tertangguh lebih sejam gara-gara penonton masuk ke stadium sehingga ke trek stadium

"Kita akan meminta Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk meneliti semula keadaan stadium bagi memastikan kejadiaan yang sama tidak akan berulang kembali.

"Kita juga akan menghantar surat peringatan kepada kesemua persatuan bola sepak negeri untuk memantau keadaan venue masing-masing," jelas beliau.

Denda maximun RM100,000 telah dikenakan kepada Pahang gara-gara kesalahan penyokong dan kegagalan tahap keselamatan. JDT pula didenda sebnayak RM20,000 ekoran telah meninggalkan stadium 90mini sebelum masa menunggu dan penyokong masuk kedalam padang.

ORANG PENANG JANGAN DOK PENING !

Komen : Orang Penang dan sekitar utara jangan dok pening-pening dan keliru dari segala tipu yang dikesahkan bahawa Lim Guan Eng menganiya orang Melayu dengan membina rumah berharga RM400,000 dan sebenarnya hanya 4 buah sahaja berharga RM400,000.

SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.

"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.

Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.

883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit.

Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.Guan Eng berkata, hanya empat unit sahaja dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.

Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam.

Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula.

Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat.Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan.

Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah.

Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.

Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut.

Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.

Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka.Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak.
Dicatat oleh atsixty