Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 5, 2013

SEORANG AJK BAHAGIAN UMNO PEKAN DAN ANAK BELUM DITEMUI !

Sultan Pahang Beri Jaminan Kerajaan Negeri Utamakan Bantuan Kepada Mangsa Banjir


KUANTAN, 5 Dis (Bernama) -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Khamis melahirkan rasa dukacita terhadap nasib penduduk yang terjejas teruk dengan bencana banjir yang melanda negeri Pahang, namun memberi jaminan bahawa bantuan, keselamatan dan perlindungan mereka akan diutamakan.

Baginda bertitah pada masa ini pihak kerajaan negeri Pahang sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

"Saya berdukacita kerana negeri kita dilanda banjir tapi kita kena terima ketentuan Allah SWT, saya sedih tengok mangsa yang duduk beramai-ramai di pusat pemindahan.

"Saya sendiri dan kerajaan negeri bertungkus-lumus menolong mangsa terlibat," kata baginda kepada pemberita selepas meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Chung Ching di sini Khamis.

Sultan Ahmad Shah turut berpuas hati dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan individu dalam membantu mereka yang terjejas.

Baginda juga berharap mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dalam masa dua atau tiga hari lagi, bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam pada itu, Sultan Pahang turut bersimpati dengan dua beranak yang dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang di kawasan perkampungan Sungai Isap semalam yang kini belum ditemui.

Kedua-dua beranak itu, Jamali Jani, 45, yang juga anggota jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anaknya Megat Mohd Nazli Jamali, 17, dipercayai terjatuh di dalam arus deras ketika menaiki bot jenis fiber pukul 7.30 malam tadi.
"Saya dukacita dengan kejadian ini, kita tak boleh salahkan mangsa kerana perkara seperti ini kita tidak boleh duga dan ia menyedihkan kita semua," titah baginda.

Selain pusat pemindahan SJK (C) Chung Ching yang menempatkan lebih 4,000 mangsa, baginda turut berkenan meninjau pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan Wisma Belia, di sini.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sebanyak 38,323 mangsa daripada 9,153 keluarga ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah yang terlibat dengan banjir.

Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,307 orang daripada 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di Rompin pula 4,289 orang, Pekan (3,037), Maran (637), Jerantut (25), Lipis (21) dan Temerloh (7).

No comments: