Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 2, 2013

BILA PENASIHAT 2 LEMBAGA DAN 2 SYARIKAT DAH TAK SIHAT !

Dr. Mahathir berundur dari Petronas

Isnin, 2 Disember 2013
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Penasihat kepada syarikat minyak negara, Petronas Berhad, berkuat kuasa hari ini.

Menurut salinan surat yang diperolehUtusan Malaysia, surat perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir, 88, tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu.

Sumber-sumber ketika dihubungi berkata, Dr. Mahathir berasakan beliau kini perlu mengurangkan masa pejabatnya.

''Ini sekali gus bermakna Dr. Mahathir sudah menyumbang tenaga kepada agensi-agensi kerajaan ini selama 10 tahun, sejurus selepas beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada pengunduran Dr. Mathathir itu turut meliputi tugasnya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TDA).

Satu lagi peranan penasihat yang dipegang oleh Dr. Mahathir ialah dalam syarikat automotif nasional, Proton Holdings Berhad (kini anak syarikat milik penuh kumpulan DRB-Hicom).

Dr. Mahathir dianggap sebagai pengasas syarikat Proton dalam usaha menyediakan kereta mampu dimiliki rakyat dan memajukan industri automotif di Malaysia.

Keputusan negarawan tersebut berkemungkinan didorong oleh faktor kesihatan berikutan gangguan kesihatan yang dialaminya baru-baru ini.

Dr. Mahathir dirawat hampir 10 hari bermula 16 November lalu di Institut Jantung Negara setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

2 comments:

Anonymous said...

Dah dipunah&ranahkan syarikat, dah sedut habis segala laba...beghentilah

takpe... nanti hempuk kat rakyat!

Anonymous said...

Mirzan dah ok, apa nama... Mokhzani juga ok,lagi apa nama... Mukhriz ok juga nampaknya, apa nama... simpanan tunai terlampau ok begitu juga aset lain. Mujoq aku sempat ghembat banyak dah pi tulung anak2 dan buat gheta. Dah tadak apa nak gabuih semua dah dekat nak keghing. Biaq kat hangpa belen dah tak beghapa nak ada tu koghang ambikla, ikhlaih ni ambikla.