Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 13, 2013

BAIK BAGI BAS FREE DARI TAWAR MRT

Komen Membina: Projek MRT dari segi rangkaian hentiannya(Stesen) amat menyedihkan . Sewajarnya rangkaian laluan dan hentian(stesen)  MRT dibina menyeluruh di segenap  lokasi strategik di seluruh Wilayah Persekutuan(WP) termasuk Putrajaya dan sehingga penjuru di pelusuk negeri Selangor. Bukan setakat dibina hentian(stesen) berdekatan hentian KTM dan LRT SEDIADA. Binalah hentian MRT  misalnya sampai ke Bukit Sentosa, di Zoo Negara(Hulu Klang) , Kuala Kubu Bahru ,Semenyih, Hulu Bernam, Sabak Bernam, Bandar Klang, Sijangkang dan seumpamanya.

Dengan rangkaian menyeluruh akan membantu taburan penduduk dan perumahan yang seimbang sekiranya banyak hentian/stesen MRT terdapat di merata tempat di Selangor dan WP.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia boleh membeli rumah di mana sahaja tidak bertumpu kepada bandar tertentu sahaja apabila ada kemudahan pengangkutan canggih seperti MRT .Sedemikian dapat membantu kerajaan negeri menyusun strategi dan pelan induk yang lebih seimbang. Perumahan yang terbengkalai akan jadi tarikan pembeli bila ada kemudahan MRT berdekatan rumah mereka. 

FOMCA puji Selangor tawar bas percuma galak rakyat guna pengangkutan awam


SHAH ALAM 12 DIS : Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memuji tindakan Kerajaan Selangor yang menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat di negeri itu bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
FOMCAPengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil pendekatan sedemikian jika mahu rakyat lebih banyak menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kadar kesesakan trafik.
Katanya, tindakan Kerajaan Pusat menaikkan kadar tambang pengangkutan awam akan menyebabkan matlamat yang mahu menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan itu tidak akan tercapai.
Rabat bas PerantaraMalah, katanya, satu kajian menyeluruh juga perlu dijalankan supaya rakyat tidak berterusan terbeban dengan pelbagai kenaikan mutakhir ini.
“Salah satu faktor kenaikan itu adalah dengan alasan caj elektrik naik tetapi kerajaan perlu faham ia membabitkan kegunaan ramai pengguna, dulu minta perkhidmatan ini digunakan kerana harga minyak naik tetapi sekarang tambangnya juga naik.
“Dalam masa yang sama kerajaan mahu menggalakan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam tetapi bila berlaku kenaikan ini paras penggunaan perkhidmatan akan menurun seterusnya matlamat kerajaan itu tidak tercapai,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.
Selain itu, Yusof berkata perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkat selaras dengan kenaikan tambang itu.
“Jangan sampai orang ramai tidak mahu gunakan langsung, jika tidak pastikan kadar kenaikan itu mampu dibayar oleh pengguna dan tidak membebankan mereka,” katanya.
Beliau turut mencadangkan supaya diskaun atau subsidi bagi perkhidmatan awam diperkenalkan.
“Bagi perkhidmatan komuter, golongan berpendapatan bawah RM3,000 layak menerima diskaun, jadi insentif sebegini boleh diperluaskan kepada pengguna sistem aliran transit ringan (LRT) dan monorail, bagi diskaun kepada pengguna yang menggunakannya setiap hari,” katanya.Oleh : Norhayati Umor

No comments: