Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, October 2, 2013

AKIBAT AUDIT DEDAH, KETUA POLIS TERIMA PADAH!

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).  

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Berikut adalah jawapan Ketua Polis Negara..

"Daripada 37 senjata api yg hilang, setakat ini daripada laporan balistik kita, daripada 37 yang hilang itu kita belum kesan lagi bahawa senjata api ini pernah digunakan untuk tujuan jenayah.  
"Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat," katanya pada sidang media pagi tadi. 

Angka yang dinyatakan oleh Khalid itu berbeza angka yang digariskan dalam laporan audit.

Laporan audit menyebut bahawa polis kehilangan 44 laras senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Khalid pula berkata polis kehilangan 166 pasang gari serta 32 buah kenderaan yang terdiri daripada 3 buah kereta dan 29 biji motosikal.

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dipastikan.

Sementara itu, sumber dalaman Bukit Aman yang dihubungi Malaysiakini menjelaskan perbezaan jumlah senjata api yang hilang itu adalah kerana tujuh pucuk daripada yang dinyatakan dalam laporan audit telah berjaya ditemui semula ~ Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Dimasa cuti sekolah nanti, tak payahlah maklumkan kat Polis bahawa kita nak bercuti,tolong tengok2kan rumah. Barang sendiri pun boleh hilang, inikan pulak nak jaga barang orang......

Anonymous said...

kih kih kih Astagfirullah !