Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 4, 2013

PM DAN MENTERI KEWANGAN KANTOI PENANGAN FOMCA!

Nota bagi yang belum tahu : PM(Perdana Menteri) Malaysia ialah Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak manakala Menteri Kewangan ialah DS Mohd Najib Tun Abdul Razak.


 

FOMCA : Kenapa RON 97 lebih murah daripada RON 95 ?

SHAH ALAM 4 SEPT : Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON 97 yang lebih murah berbanding RON 95, tegas Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)

Menurut Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

“Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya,” kata Mohd Yusof ketika dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, Harga bagi RON95 selepas dinaikkan sebanyak RM0.20 sen ialah RM2.10 seliter dicampur dengan subsidi sebanyak RM0.63 sen seliter, jadi jumlah harganya ialah RM2.73 seliter.

Manakala RON97 pula berharga RM2.70 seliter lebih berkualiti tapi lebih murah sebanyak RM0.03 seliter yang akan menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM0.03 bagi seliter minyak diberikan subsidi.

Mohd Yusof berkata, tindakan kerajaan BN menaikkan harga sebanyak RM0.20 sen secara mendadak menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi sehingga menjejaskan kos sara hidup rakyat.

Katanya, kerajaan boleh melakukan secara berperingkat pada waktu tertentu agar kesannya tidak terlalu besar kepada kehidupan rakya.

Tambah beliau, cadangan kerajaan memperkenalkan semula penggunaan RON92 adalah tindakan terkebelakang kerana jenis RON itu mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Kerajaan perlu mengekalkan RON 95 dengan cara kerajaan mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian agar harganya tidak menyusahkan rakyat memandangkan bahan bakar tersebut digunakan oleh kenderaan dari golongan berpendapatan rendah,” kata beliau.-mza

1 comment:

Anonymous said...

PM tau orang yang menyokong BN itu banggang. cucuk hidung aje. Bari BR1M ( beri rasuah 1 Malysia } semua diam.