Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 5, 2013

GARA-GARA KEMPEN PEMILIHAN UMNO, ALI RUSTAM KENA HENTAM !

Bekas ketua menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah. Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno.

Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan. ~malaysiakini

2 comments:

Unknown said...

Bila dah jadi BEKAS barulah nak bersuara...macamlah genting ni baru buka semalam...

Anonymous said...

Org umporno sume poyo jer...