Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 11, 2013

DASYATNYA SILAP RTM PADA PDRM !

Dasyatnya peristiwa ini berlaku di RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA..." walhalnya yang benar adalah "POLIS DIRAJA MALAYSIA" Apa sudah jadi sama RTM???

Penulis tidak pasti sama ada kesilapan ini di sengajakan atau tidak,.. tapi ini cukup memalukan, Sandainya perkara ini terjadi pada stesen TV swasta, rasanya kita boleh pejam mata, tapi ia berlaku pada stesen TV milik kerajaan.

Pelik dan hairan... takanlah orang yang di tugaskan untuk menyediakan grafik untuk slot berita ini tak perasan akan tulisan yang menghina pasukan polis itu atau dia buat-buat tak perasan???

Apa pun pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dan pihak RTM perlu memohon maaf secara terbuka kepada pihak PDRM dan KDN atas perkara yang berlaku.

Walaupun RTM sudah memohon maaf melalui beritanya pada jam 12.00 malam, ramai melihat ini merupakan 'sabotaj' yang serius terhadap PDRM.

No comments: