Proses
pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO
yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi
Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru
menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik
sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen
Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.
Nurjazlan
sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak
sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan
Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul
pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula
bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan
Mat Sabu di Pendang.
Beberapa
laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan
pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli
Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai
sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan
kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.Ia bukan saja dari
kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini
tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen.
Untuk
jawatan Presiden UMNO, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar
sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi
tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh
sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri melalui
sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang berasa dipingggirkan oleh Najib
terutama dari Sabah dan Sarawak serta dengan sokongan 89 undi Pakatan
yang sedia di Parlimen.
Antara
Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif
sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais
Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan
dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi
MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan
dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.Dipercayai
Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai
Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan
politik dan masa depannya itu.
Beberapa
perlantikan sebelum ini, terutamanya Azeez Rahim dikecam oleh banyak
pihak kerana kelayakannya yang diragui manakala peribadinya pula
disifatkan tidak sesuai untuk menerajui institusi besar seperti Tabung
Haji yang mempunyai aset sejumlah RM35 billion dan terlibat dalam urusan
berkaitan ibadah umat Islam. Perlantikan penasihat kerajaan bertaraf
menteri pula dipertikai kerana ia dianggap suatu pembaziran dan
menambahkan lagi beban perbelanjaan kerajaan.
Semalam
Pakatan Rakyat juga membangkitkan isu yang sama dan mahukan Perdana
Menteri melihat dari segi keperluannnya kepada kepentingan kerajaan
serta beban perbelanjaan, dan tidak semata-mata kepada keuntungan dari
segi politik sahaja.Perlantikan Nurjazalan sebagai Pengerusi Telekom dan
Othman Abdul sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur adalah yang terbaru
dibuat oleh Najib. Nurjazlan difahamkan sudah menerima surat perlantikan
dan akan memulakan tugasnya awal Julai depan manakala Othman Abdul
sudah pun memulakan tugasnya beberapa hari lalu.Namun tidak seperti
perlantikan Azeez Rahim yang dipertikaikan kerana kelayakannya serta
Rais Yatim dan Ng Yen Yen yang dianggap pembaziran, perlantikan
Nurjazlan dan Othman Abdul diterima dengan baik oleh banyak pihak.
Nurjazlan,
seorang akauntan bertauliah yang sudah tiga penggal menjadi Ahli
Parlimen Pulai di Johor dianggap berpatutan diberikan jawatan itu
berikutan senioritinya sebagai Ahli Parlimen dan kedudukannya sebagai
Ahli Lembaga Pengarah Telekom Malaysia sebelum ini. Perlantikan sebagai
Pengerusi umpama kenaikan pangkat saja.Dari sudut politik pula,
Nurjazlan dianggap menyumbang kemenangan berharga kepada BN dalam
pilihanraya lalu berikutan kemampuannya menewaskan Naib Presiden Pas,
Sallahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai. Namun ada pihak juga
merasakan berikutan kelayakan dan sumbangan besarnya itu, Nurjazlan
sepatutnya lebih awal diberikan ganjaran oleh Najib dengan dilantik
sebagai menteri atau timbalan menteri sebaik BN memenangi PRU 13 lalu.
Begitu
juga dengan Othman Abdul, selain kelayakan dan senioritinya tidak
dipertikaikan dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Menara Kuala
Lumpur, sumbangannya kepada politik BN juga dianggap besar kerana beliau
dibawa keluar daripada dunia persaraan dan ditawarkan menjadi calon
sekali lagi di Pendang ialah menahan kemaraan orang nombor PAS, Mat Sabu
daripada menang di kerusi itu.
Othman
Abdul akhirnya berjaya menewaskan Mat Sabu dan kekal menjadikan
Timbalan Presiden PAS itu tidak mampu membawa suaranya ke dalam Parlimen
sejak dua penggal yang lalu.Bagaimanapun sumbangannya yang agak besar
itu dilihat tidak sepadan dengan sumbangan politiknya kepada BN
berikutan Menara Kuala Lumpur yang dipengerusikannya hanyalah sebuah
anak syarikat kecil milik Telekom Malaysia yang menguruskan Menara KL
yang merupakan salah satu kawasan kunjungan popular untuk pelancong.
Meskipun
Menara KL popular di mata pelancong tetapi syarikat yang menguruskannya
itu dianggap "syarikat miskin" saja dalam Telekom Malaysia.Mungkin juga
perlantikan sebagai Pengerusi Manara Kuala Lumpur ini hanyalah
permulaan dan ganjaran kedua yang lebih besar sedang menunggunya selepas
ini. ~shahbudin.com
http://addin77.blogspot.com/2013/07/2-lagi-ahli-parlimen-bn-terima-habuan.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment