Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, July 31, 2013

BUKAN RUMAH SAHAJA, SEKOLAH PUN SAMA !

Komen : Kerajaan BN sebelum diiktiraf kerajaan 47% walaupun telah memerintah dengan pemimpinnya terbaik seperti Tun M namun berkenaan CF memang kantoi. Banyak bangunan tiada CF kerana kualiti pembinaan tidak mengikut spesifikasi. Bagaimana nak diluluskan dan mendapat CF? Banyak sekolah di Rawang dan mungkin di Bukit Sentosa juga belum ada CF. Sebab itu penyenggaraan sekolah kebanyakan ditanggung oleh PIBG mengikut rungutan ibu-bapa.Perkara ini banyak disenyapkan atas desakan untuk segera menggunakannya.

 

20 Tahun Tiada CF, Penduduk Minta Ehsan Kerajaan Negeri

GOMBAK 31 JULAI : Penduduk di Flat Pinggiran Batu Caves kini mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah sijil layak menduduki (CF) yang dihadapi mereka.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk flat berkenaan, Hamid Jusoh, 53, masalah CF yang dihadapi mereka telah tertangguh selama hampir 20 tahun dan tiada pihak yang serius membantu menyelesaikannya.

“Kami berharap Kerajaan Negeri dapat membantu menyelesaikannya kerana sudah terlalu lama kami menunggunya,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Berbuka Puasa Kempen Pangsapuri Kita Bersih Ceria Bersama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad di perkarangan flat berkenaan petang semalam.

Hamid berkata, flet yang mempunyai sembilan blok itu turut menghadapi masalah penyelenggaraan seperti bangunan yang sudah usang dan masalah sampah.

“Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat membantu melalui skim Ceria untuk flat kami,” katanya lagi.

Bagi penduduk flat berkenaan, Rohizam Mohd, 41, beliau terpaksa mendiami flat berkenaan kerana tidak mampu mencari rumah lain yang lebih selesa dengan pendapatannya yang sederhana.

“Kalau saya mampu, sudah pasti saya akan keluar mencari rumah lain, mereka yang duduk di flat kebanyakannya berpendapatan rendah dan sederhana, sampai bila kami hendak tunggu,” katanya.

Bagi Marina Mohd, 55, beliau mendiami rumah berkenaan dalam keadaan ketakutan dan tiada jaminan berikutan tiada CF yang menjamin keselamatan bangunan itu.

“Makcik duduk di sini dengan anak-anak, kita tak tahu kalau jadi apa-apa pada bangunan rumah ini, saya minta sangat-sangat agar ada pihak yang boleh tolong selesaikannya,” katanya.

 

No comments: