Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, July 3, 2013

ANTARA BIBIK MAMA DAN BIBIK INDON ?


Melampau! Saya simpati kepada ibu dan bapa muda yang bekerjaya dan terpaksa mengambil bibik dengan kos yuran RM8 ribu. Dalam situasi baru membina kehidupan rumahtangga, kos ini tidak munasabah. Kos itu kononnya termasuk latihan urus rumah dan lain-lain. Jika betul belajar urus rumah kenapa bibik basuh sayur dalam mangkuk seperti yang kita tengok di televisyen? Itu salah dan jadi tidak suci pula makanan kita... basuh sayur mesti guna air mengalir... maaf, sayur itu tidak bersalah!

Kos Pengambilan Amah Indonesia Sebanyak RM8,000

Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud antara kedua-dua negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan penetapan kos tersebut adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di Antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.
Menurutnya, perubahan kos itu setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak berhubung kos RM4,511 yang ditetapkan sebelum ini selain tawaran harga lebih tinggi dari negara lain menyebabkan Indonesia tidak berminat untuk ‘berurus niaga’ dengan Malaysia.
“Perubahan kos ini membabitkan latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan.
“Turut diambil kira ialah kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerja di kedua-dua negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, majikan diberi kebebasan untuk membayar gaji pembantu rumah mengikut perundingan antara kedua-dua pihak itu kerana pelaksanaan gaji minimum negara ini tidak terpakai kepada pekerja asing sektor tersebut.
“Itu terserah kepada majikan mengikut harga pasaran,” katanya.
Menurut beliau, jawatankuasa tersebut turut memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Performed Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober ini.
Jelas beliau, JP Visa sebelum ini dikeluarkan kepada warganegara Indonesia iaitu pemegang Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong, tetapi mahu mendapatkan pekerjaan di negara ini.
“Mengenai status dan peranan syarikat membekal dan mengurus pekerja asing, jawatankuasa turut berharap agar syarikat berkenaan dapat menerima keputusan kerajaan supaya pengurusan mereka diuruskan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta (AAPS) 1981.
“Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri diharap dapat menetapkan segera mekanisme hala tuju syarikat ini agar penggajian pekerja asing diuruskan lebih sistematik dan mampu menangani isu berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan orang,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130702/dn_01/Kos-amah-Indonesia-RM8000#ixzz2XqmEYatR
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: