Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 19, 2013

ALHAMDULILLAH ,MENTERI KDN TIBA-TIBA BERUBAH BERKAT RAMADAN?



Selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini. Beliau terpaksa beralah sekiranya kes ini dibicarakan di Mahkamah akan membuat imej beliau sebagai Menteri amat tercalar .......

Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir," katanya.

"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.

Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya.

No comments: