Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 12, 2013

WAHID YANG BUKAN NO SATU!

KUALA LUMPUR, 5 Jun : Tidak sampai beberapa jam Datuk Seri Wahid Omar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Setiausaha Agung, Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J.Solomon membidas perlantikan tersebut yang disifat tidak layak kerana lapan sebab.


J. Solomon

Komenya yang cukup keras itu disiarakan dalam laman Facebook NUBE hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Solomon ;

Amat menghairankan mengapa Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih ingin melantik CEO Maybank, Dato Sri Abdul Wahid Omar sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sedangkan beliau secara rasminya telah sedia maklum darihal kezaliman Maybank terhadap pekerja berpendapatan rendah sejak 7 Februari 2012 lagi serta ditambah dengan penerangan lanjut melalui sesi pertemuan yang dihadiri NUBE pada 9 April 2012.

Bukan itu sahaja, Najib juga mengetahui bahawa Wahid selaku CEO dalam sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah menderhaka kepadanya apabila mengingkari arahan untuk menyemak dan menyelesaikan segera isuisu dikemukakan NUBE.

Semasa pertemuan tersebut, PM antara lain mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana majikan yang memecat pekerja hanya kerana menjalankan aktiviti kesatuan di samping berjanji untuk menyelesaikan pertikaian dibangkitkan NUBE.

Sehingga kini, PM bukan sahaja tidak menepati janji, malah mencabul Artikel 13 & 23(a), Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam (CDHRI) 1990. Wahid yang derhaka ini pula dibiarkan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara pada 5 Jun 2013 dan seterusnya diangkat sebagai Menteri.

Manakala hari ini 4 Jun 2013, Wahid dengan angkuhnya melangkah keluar dari Maybank tatkala pertikaian NUBE terhadap Maybank masih tergantung dan tidak diselesaikan.Sehubungan itu, NUBE tetap berpendirian bahawa Wahid tidak layak untuk membarisi jentera pentadbir negara dan akan terus membantah pelantikannya sebagai seorang Menteri.

Berikut adalah 8 sebab mengapa Wahid tidak layak untuk dilantik sebagai Menteri;

1. WAHID DAN MAYBANK MENERIMA BANYAK LAPORAN BERHUBUNG SALAH LAKU DAN PENINDASAN

Sebanyak 519 laporan polis berhubung salah laku, penindasan dan penafian hak asasi dilakukan Wahid dan pihak pengurusan Maybank telah dibuat ahliahli NUBE di seluruh negara sejak Februari 2012.

Selain dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia, satu Memorandum turut dihantar kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 5 Ogos 2011 diikuti aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 15 Februari 2012.

Laporan Ke-363 (No. Kes: 2850), Jawatankuasa Kebebasan Persatuan di bawah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melalui mesyuarat ke-313 yang berlangsung di Geneva dari 15-30 Mac 2012 turut meminta kerajaan Malaysia memulakan siasatan bebas terhadap segala dakwaan NUBE dan mengambil tindakan sewajarnya.

Mengapa pihak polis, Kementerian Dalam Negeri dan suruhanjayasuruhanjaya terbabit tidak bertindak terhadap semua laporan ini?

Mengapa Perdana Menteri atau Menteri yang berkuasa tidak menimbangkan fakta aduan dan saranan yang digariskan sedangkan laporan telah diterima sejak lebih setahun yang lalu?

2. WAHID MENCABAR PRINSIP RUKUN NEGARA & MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA

Wahid telah mencabar Rukun Negara Ke-4, “Kedaulatan Undang-Undang” apabila sewenang-wenangnya menafikan hak-hak pekerja di bawah Seksyen 4, 5, 39 & 59, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 serta Seksyen 21 & 22, Akta Kesatuan Sekerja 1959.Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Selain diberi kekebalan dari sebarang peruntukan undang-undang negara, adakah CEO GLC turut dilatih Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) agar mengenepikan Prinsip Rukun Negara demi mencapai matlamat keuntungan?

3. WAHID MENCABUL UNDANG-UNDANG & DEKLARASI ANTARABANGSA

Wahid mencabul Artikel 19 & 23, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 yang turut ditandatangani oleh Malaysia; Artikel 1(2), 2(1) & 98, Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1998 serta Artikel 11, 13, & 23(a), CDHRI 1990.

Justeru itu, wajarkah Wahid dilantik sebagai Menteri sedangkan beliau mempunyai rekod salah laku berhubung ‘jenayah’ kemanusiaan di peringkat antarabangsa?

4. WAHID MEMUNGKIRI PERJANJIAN YANG DIMETERAI ANTARA BANK DAN NUBE

Wahid adalah Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) yang turut menandatangani Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE (C.A.).

Perjanjian ini terhasil melalui rundingan dan persetujuan bersama antara Persatuan BankBank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) dan NUBE berhubung kontrak perkhidmatan berkaitan gaji dan syarat-syarat pekerjaan bagi pekerjapekerja perkeranian dan bukan perkeranian.

Sepanjang 2 tahun sehingga Mei 2012 sahaja, sebanyak 123 aduan rasmi (grievances) diterima NUBE dan 68 kes ketidakpatuhan C.A. dibawa ke mahkamah. Statistik ini sahaja menunjukkan bahawa Maybank dan Wahid lebih mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan, hak dan tuntutan pekerja-pekerjanya.

Mana-mana agama di dunia meletakkan taraf hina kepada orang-orang yang memungkiri janji. Bagaimana orang yang keji dan hina ini boleh dilantik sebagai jentera pentadbir negara?

5. WAHID MEMPROMOSI TADBIR URUS ALA SAMSENG

Pada 14 April 2011, para pegawai dan jawatankuasa NUBE telah diserang dan dikasari oleh sekumpulan pengawal keselamatan dan kakitangan pengurusan Maybank di ruang legar, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Serangan menggunakan tongkat/cota ini berlaku ketika mereka sedang menjalankan tugas selaku wakil kesatuan.

Maybank tidak lagi membenarkan wakil NUBE memasuki premis atau menjalankan aktiviti kesatuan di bank. Penggunaan tongkat/cota yang sepatutnya hanya digunakan sebagai langkah terakhir ketika diserang telah disalahgunakan untuk menyerang pula pihak yang bukan sahaja tidak menyerang tetapi turut tidak bersenjata.

Seterusnya pada 31 Januari 2012, Naib Presiden dan Bendahari Agung NUBE yang juga pekerja Maybank dipecat secara salah hanya kerana memegang sepanduk berhubung pertikaian NUBE terhadap Maybank.

Adakah rakyat boleh menerima seorang Menteri yang bersikap ala samseng untuk menentukan hala tuju ekonomi negara?

6. WAHID MENGAMALKAN DASAR PECAH DAN PERINTAH DALAM TADBIR URUSNYA

Demi memecah-belahkan pekerja-pekerjanya yang bersatu sebagai ahli kesatuan sekerja nasional iaitu NUBE; demi menghapuskan segala tuntutan berkaitan hak-hak pekerja yang kini dianggap tidak lagi relevan oleh Maybank, Wahid lalu berpakat dengan Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan kesatuan dalaman yang akhirnya berjaya didaftarkan pada 3 Januari 2011 secara melanggar peruntukan undang-undang negara.

Di bawah percaturan seorang Menteri yang mengamalkan pecah dan perintah, bagaimanakah nasib rakyat yang akan menyuarakan hak-hak pekerja dan menuntut jaminan masa depan ekonomi mereka kelak?

7. WAHID MEMERAS PARA PELANGGAN BANK YANG JUGA RAKYAT MALAYSIA

Wahid yang juga Pengerusi ABM, sebuah persatuan yang mewakili bank-bank di Malaysia turut bertanggungjawab dalam memperdaya, menindas, memanipulasi dan mengeksploitasi para pelanggan bank melalui pelbagai strategi urusniaga.

Antaranya mendedahkan maklumat pelanggan kepada syarikat lain yang disumberluarkan (outsourcing company), mengenakan pelbagai caj perkhidmatan yang tidak munasabah, mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap golongan miskin yang membuat pinjaman berbanding golongan kaya, menjual produk bank secara salah (mis-selling), memaksa rakyat mencari ‘Along’ untuk meneruskan hidup, menggunakan duit pelanggan untuk menzalimi pekerja dan kesatuan dan berperanan dalam peningkatan harga hartanah.

Masihkah kita membenarkan orang yang sebelum ini memeras pelanggan bank akan memeras pula rakyat Malaysia secara halus melalui transformasi ekonomi yang akan dilaksanakannya?

8. WAHID MEMILIKI SIKAP EGO YANG TINGGI, CENDERUNG MENYALAHGUNA KUASA & MENGGUNAKAN KUASA SECARA MELAMPAU

Segala pertikaian yang wujud antara Maybank dan NUBE sehingga tiada usaha penyelesaian dilakukan pihak bank secara memuaskan menjelaskan sikap sebenar Wahid. Beliau mempunyai sikap ego yang tinggi (super-ego) sehingga sukar menerima pendapat orang lain, memaksa orang lain menurut kehendaknya, sukar mengakui kesilapan sendiri, mementingkan diri dan bersikap pendendam.

Beliau cenderung menyalahguna kuasa dan menggunakan kuasa secara melampau demi prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’ yang dipegangnya.

Komplot beliau bersama Kementerian Sumber Manusia adalah bukti di atas perilakunya ini.

Beliau bukan sahaja tidak disukai oleh sebahagian pekerjanya di Maybank, malah majoriti pihak pengurusan bank-bank di Malaysia juga tidak bersetuju dengan sikap dan tindakannya sepanjang berkhidmat dalam industri perbankan.

Wahid amat menyedari senario ini.Adakah Wahid akan menggunakan kuasanya sebagai Menteri untuk bertindak terhadap pihak yang tidak bersetuju dengannya selama ini?

Adakah tindakannya kelak lebih banyak berlandaskan emosi sehingga menggugat kestabilan ekonomi negara?

Wahid memegang jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tatkala beliau masih ‘berhutang’ dengan NUBE. Ini bermakna, selagi ‘hutang’ tidak diselesaikan, NUBE masih mempunyai hak dan masih ‘halal’ bagi NUBE untuk bertindak terhadapnya sekalipun beliau tidak lagi menjadi CEO bank.

No comments: