Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, June 28, 2013
UMNO TERKEJUT RANTAI KAKI DAH DIBUKA !
Selama 26 tahun demokrasi Umno dirantai kakinya kini walau menjelekkan dan memeranjatkan tapi terpaksa memberi peluang dan ruang ahli-ahli UMNO terutama yang selama ini berkobar-kobar rasa dirinya layak bertanding bila Setiausaha Agung UMNO buat kenyataan bahawa " semua jawatan tertinggi parti kini terbuka untuk ditandingi dan sesiapa saja yang mahu bertanding, boleh mendaftarkan diri untuk berbuat demikian, sesuai dengan peraturan baru yang diperkenalkan oleh Umno. Katanya lagi, semua jawatan dalam Umno akan ada pertandingan kali ini.
Walaupun sebelum ini beria-ria pengampu, tukang bodek dan tukang kipas yang kununnya mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, malah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan. Yahuu ! UMNO baru dapat kebebasan?
Sebelum ini, sebaik keputusan terburuk yang dicapai oleh BN dalam PRU13 yang lalu, ramai pemimpin Umno tampil menyarankan agar kedua-dua jawatan tertinggi dalam Umno itu tidak dipertandingkan untuk menggelak dari perpecahan.
Padahal kedua bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Lah juga dilaporkan bersetuju agar tiada pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi itu.
Kalau diperhalusi dan di kaji sebenarnay di peringkat akar umbi rata-ratanya mahukan pertandingan diadakan kerana berasakan transformasi politik yang diperkenalkan Najib dengan meminda peraturan pertandingan haruslah dibuktikan bukan sekadar dengan kata-kata.
Biarlah pemilihan pucuk pimpinan kali ini diberi peluang kepada mencabar Najib, sama ada Muhyiddin atau Tengku Razaleigh.Hidupkan demokrasi dalam UMNO dan harus disuburkan kembali samada mahu mengekalkan Najib atau sebaliknya
Kalau diimbas semula Umno pernah kali terakhir menyaksikan pertandingan bagi jawatan Presiden Umno ialah pada 1987 bilamana Tengku Razaleigh mencabar Mahathir . Walaupun Mahathir menang dengan 43 undi tetapi demokrasi dalam Umno selepas itu bagaikan diikat dan dipasung kakinya melalui pelbagai peraturan dan kekangan yang diperkenalkan oleh beliau terutamanya sistem quota pencalonan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment