KUALA LUMPUR, 13 Jun — Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan
mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarikat bas menaikkan tambang
sebanyak 30 peratus.
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar
Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya
Aidilfitri. "Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata
Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan
Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari
ini.
Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas
Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi
mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa
menamatkan operasi.
Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat
bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi
perkhidmatan terbaik kepada orang awam.
"Mereka memberi
pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik
untuk orang ramai," katanya. Syed Hamid juga berkata kerajaan memahami
kehendak mereka yang ingin menaikkan tambang bas, namun mereka tidak
seharusnya membuat sesuatu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Katanya
kerajaan selama ini membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj
tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu
syarikat berkenaan. "Masa nak balik, bas mereka penuh. Tapi lepas
perayaan, bas mereka kosong. Mereka perlu juga menanggung kos bawa
pulang bas kosong. Dan ketika ini kita benarkan mereka kenakan surcaj 10
peratus itu," katanya. — Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tambang bas naik semua ni salah anwar....kalau nak naik tambang..naik la sampai 80%..kami rakyat marhain mampu untuk bayar tambang...yg x mampu hanya menteri2 bn dan kerajaan bn...tu psl la nk rompak duit rakyat dgn cara ni...
Post a Comment