Komen: Biasa atau tidak anda dengan kenyataan 'Situasi Menang-Menang'? Ingat lagi situasi menang-menang kes Batu Putih ? Ada bekas Menteri otai UMNO kata kes tersebut berakhir dengan menang-menang?
Pengguna perlu menggunakan hak mereka untuk membantu kerajaan mengekang tindakan pemborong dan peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati, kata Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Beliau berkata tindakan itu perlu dilakukan terutama dalam membantu mengawal harga barang bukan kawalan.
“Di samping tindakan penguatkuasaan oleh kementerian, langkah itu dilihat lebih berkesan kerana jika tiada pembeli maka peniaga yang menaikkan harga akan mengalami kerugian,” katanya.
Hasan berkata demikian ketika mengulas rungutan pengguna berhubung tindakan pemborong menaikkan harga barang pada musim cuti sekolah.
Beliau berkata pengguna perlu tahu kuasa mereka serta tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi menyelesaikan isu kepenggunaan, sekali gus dapat mewujudkan kerjasama pengguna dan kerajaan.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna kementerian mengambil sikap lepas tangan jika pemborong dan peniaga didapati sengaja menaikkan harga sesuka hati dan melampau.
“Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Anti Percatutan 2010, tetapi kalau boleh, kita tidak mahu berbuat demikian kerana mahu mewujudkan situasi menang-menang,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment