Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 4, 2013

PROJEK GAJAH PUTIH DAN MATA BN PUTIH ?


SHAH ALAM 4 JUN : Menteri Kerja Raya yang baru, Datuk Fadilah Yusof, diminta memberikan kerjasama dalam isu projek pembinaan Hospital Shah Alam yang sudah tertangguh lebih daripada tiga tahun demi kebaikan penduduk di bandaraya ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, sebagai wakil rakyat di bandaraya ini, sewajarnya beliau diberi hak untuk melihat dan mendapat laporan mengenai perkembangan projek berkenaan.

Menurut Khalid, diharapkan Fadilah bersikap lebih terbuka berbanding menteri yang lepas dan membenarkan pihaknya melawat tapak pembinaan untuk melihat perkembangan projek itu.

“Pada 5 Februari lalu saya hantar surat pada syarikat kontraktor pembinaan dan jawapannya kelulusan perlu diminta daripada JKR Selangor, bila surat dihantar kepada JKR Selangor, dikatakan jawapan daripada JKR Pusat.

“Bila surat dihantar kepada JKR Pusat, tiada jawapan. Ini bukan nak bina pusat tentera atau pusat nuklear. Ini hospital, kenapa susah sangat untuk saya turun melihat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khalid mengharapkan Fadilah mempunyai satu dasar lebih terbuka mengenai perkara itu.

Tegasnya, pembinaan hospital itu adalah daripada wang rakyat dan bukannya wang Umno-BN.

“Hospital ini untuk rakyat dan sebagai wakil rakyat Shah Alam, saya minta supaya bagi kerjasama untuk pihak kontraktor bagi laporan mengenai perkembangan pembinaannya.”

Khalid mendakwa beliau difahamkan bahawa projek tersebut sekali lagi terlewat daripada tarikh siapnya pada Oktober tahun ini.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah sebabnya Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dari segi ekonomi dll kerana fikiran kita tidak terbuka. Pemerintah kena benarkan pihak pembangkang utk melihat projek yg sedang dilaksanakan dikawasan mereka supaya mereka boleh turut menyumbangkan buah fikiran demi kemajuan negara. Please be matured in our politics.

Anonymous said...

Mane maunye diorang kasi pr masuk campur. Susah ler nak ambil habuan. Rasa2nya, biorle banyak projek gajah putih pun. Lagi banyak lagi bagus. Duit negara dah abis so tak bleh le nak umpan lagi. Barule orang kampung faham. Rakyat yg sedor kena korban le skt bru bleh nak hapuskan bee end nie...