Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 21, 2013

POLIS CARI POLIS, CAMNER NAMA TIADA DALAM 'LIST'

Komen : Pada pendapat teman ,kalau yer pun pihak polis nak tunjuk serius cari polis tersebut takkan polis keempat tersebut tiada nama atau gambar yang perlu dipaparkan agar semua orang dalam Malaysia dapatkenal dan sama-sama berusaha mengesan dan cari polis berkenaan untuk didakwa?
Pegawai polis kematian Dhamendran masih lagi hilang
Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya.

Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

“Kita masih cuba mengesan di mana dia berada,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam.

Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis.


Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat.

Statistik polis mengatakan terdapat 122 kematian dalam tahanan sehingga 2010. Akan tetapi Naib Presiden PKR N. Surendran mendedahkan angka sebenar adalah lebih tinggi. Menurut ahli Parlimen Padang Serai itu, terdapat 211 kes kematian seperti itu sepanjang dua setengah tahun lalu.

Kes kematian Dhamendran memperbaharui tuntutan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh polis.

Tiga lagi pegawai bawah inspektor yang hilang itu telah didakwa pada 5 Jun. Mereka adalah Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32.

Sumber dalaman polis memberitahu The Malaysian Insider, inspektor itu dan tiga lagi pegawai bawahnya diberikan cuti untuk mengeluarkan mereka daripada perhatian umum.
“Pada ketika itu penyiasatan berhubung kematian Dhamendran baru bermula dan cuti diluluskan dengan niat baik,” kata sumber.

“Selepas siasatan lengkap dan telah pasti ianya merupakan kes pembunuhan, keempat-empat dihubungi dan diminta pulang dari bercuti. Tiga pegawai pulang tetapi inspektor itu tidak.”
Cuti inspektor itu berakhir pada 13 Jun akan tetapi beliau tidak melaporkan diri. Beliau tidak menjawab telefon bimbitnya apabila dihubungi. Kekasihnya memberitahu polis dia tidak tahu di mana inspektor itu berada.

Pada mulanya, inspektor itu dan tiga pegawai bawahnya dipindahkan untuk melakukan tugasan pejabat, akan tetapi desakan umum menyebabkan Kementerian Dalam Negeri menggantung keempat-empat daripada bertugas.

Sebaik sahaja kes Dhamendran, tiga lagi kes kematian dalam tahanan dilaporkan melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Jepun. Mereka adalah N. Karuna Nithi, R. Ramesh Jamesh dan Nobuhiro Matsushita. – 21 Jun, 2013. - TMI

1 comment:

Anonymous said...

mcm main nyorok jer polis2 nie...mcm melepas betuk ditangga jer....