Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 11, 2013

PEROMPAK MENGELUPUR AKHIRNYA MATI!

Benarkah penjenayah boleh dibiarkan mengelitik kesakitan dan tambah malang berakhir dengan kematian?
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian 11.15 pagi itu, suspek berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di paha kiri. Polis melepaskan tembakan amaran ke udara supaya suspek berhenti, namun suspek bertindak menyerang anggota polis sebelum ditembak di bahagian kaki. Suspek meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak kesan dari tembakan tersebut.

Punca Perompak Kedai Emas Ditembak Mati Di Kota Bharu

Rakyat Malaysia Sedar DiPersoalkan.

Lebih sehari dah tersebar luas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa/jalan . Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedai emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan kelihatan lelaki itu ditembak gamaknya di paha sebelah kanan.

Gambar penjenayah yang ditembak polis diambil dari sebuah blog.

Dipercayai rakaman ini adalah dari inisiatif orang ramai/rakyat Malaysia yang kebetulan menyaksikanperistiwa tersebut.Lelaki(Penjenayah) itu akhirnya dilaporkan telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.

Ramai persoalkan berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupur kesakitan tanpa ada bantuan segera. Kita kurang arif adakah memang menjadi prinsip atau perangai polis tidak akan kesihan untuk membantu penjenayah yang diburunya?Memberi pertolongan kecemasan dan memanggil ambulan tidak semestinya kita kesihan pada penjenayah atau dikatakan simpati pada penjenayah tetapi atas SOP(Standard Prosedure Police) dan tambahan pula ada seorang lagi penjenayah yang terlepas. Sewajarnya diberi rawatan pada penjenayah tersebut agar dapat dicari maklumat agar tertangkap seorang lagi perompak yang dilaporkan telah berjaya melepaskan diri.

Dalam pada itu adalah diharap supaya PDRM menyemak semula prosuder atau prinsipnya bila berhadapan dengan penjenayah seperti apa dialami oleh penjenayah yang dikatakan merompak kedai emas itu.

Betapa pun kita ada peraturan dan prinsip sendiri tetapi perikemanusiaan seharusnya diambil kira. Menteri Dalam Negeri (KDN) Ahmad Zahid Hamidi elok kalau memberi perhatian dalam kes-kes seumpama ini bagi menjamin hak-hak asasi manusia dilayan dengan adil bagi mengelakkan sangkaan berlaku kekejaman.
http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/06/polis-malaysia-kejam.html

No comments: