Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 6, 2013

CAJ PARKIR YANG TIMBALAN KORPORAT DAN AHLI MAJLIS PERLU FIKIR !

MBSA caj parkir.
Siapa Timbalan Pengarah Korporat MBSA yang bengong tanpa rasa bahawa Selangor bukan negeri yang ditadbir BN/UMNO yang terkenal dengan menikkan harga?Beliau patut memahami kenapa BN selama 10 tahun tidak pernah menaikkan caj parkir di Selangor,tidakkah beliau tahu Negeri Selangor adalah negara terkaya dan pengurusannya telah dipesatkan dengan kecemerlangan Pentadbir dari Pakatan Rakyat?. Beliau sebagai wakil MBSa tak terfikir adakah MBSA bermasalah dengan kewangan atau masalah lain? Sampai beria-ia nak naikkan caj parkir semata nak menyamakan caj dengan bandaraya Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.Secara kebetulan atau beliau bengong tak tahu bahawa perbandingan bandar itu adalah diperintah oleh BN. BN memang sinonim dengan barang naik. Kalau beliau berdegil dengan terus cuba menegakkan benang basah elok ditukarkan jika boleh orang begini kita perlu hantarkan kursus asas Negara Berkebajikan di Sabak Bernam atau Hulu Langat.
Cara ulasan beliau sebijik dengan percakapan orang korporat BN iaitu "caj lama adalah diantara terendah di Selangor".Bila beliau berkata bahawa caj baru kenaikan 20sen telah dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Kali Kelima 2013 yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis 22Mei lalu maka nampaknya Ahli-Ahli Majlis yang bersetuju itu juga dicadangkan dihantar berkursus Negara Berkebajikan seperti Shahrin Ahmad. Pada ana kalau kenaikan disebabkan nak tanggung kos yang tinggi untuk peyenggaraan lainlah dan andai MBSA kerugian dan jika Negeri Selangor sengkek sangat .Beliau dan ahli majlis tahukan tentang kemajuan pentadbiran Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat?
Sedemikian ana cadangkan tiada kenaikan caj parkir, cuma perbaiki perkhidmatan dan jika ada keperluan barulah caj dinaikkan.Terima kasih pada YB Khalid Samad yang menyuarakan dan memaparkan dalam internet dengan sedemikian ana dapat tahu dan sesiapa boleh beri komen ,analisa dan bantahan.Cadanagan dan saranan YB Khalid Samad memang disokong.

No comments: