PAS cadang Jabatan Audit Negara audit Petronas
June 09, 2013
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Jabatan Audit Negara dicadang menjalankan siasatan audit ke atas Petronas, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) hari ini, di samping mengkritik Petronas dan Datuk Paul Low kerana tidak faham punca utama kejatuhan Malaysia dalam kajian ketelusan pengurusan pendapatan.
Dzulkefly berkata hanya agensi tersebut mampu menentukan ketelusan syarikat petroleum negara tersebut, serta laporan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.
“Kami cadangkan audit dijalankan oleh Jabatan Audit Negara, disokong oleh pasukan teknikal yang bebas dan berkelayakan.
“Laporan penuh perlu diketengahkan di Parlimen untuk ia dibahaskan,” kata Dzulkefly dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kemudiaan mengkritik Low kerana tidak memahami punca utama Malaysia jatuh dalam senarai Resource Governance Index (RGI) tersebut dengan menyalahkan perjanjian Petronas di luar negara yang tidak didedahkan.
“Dalam konteks RGI, pemarkahan ke atas Petronas dibuat berasaskan peranannya dalam Malaysia; sebahagian kecil sahaja melibatkan operasi di luar negara,” kata Dzulkefly yang merujuk kepada kenyataan Low, menteri baru kabinet yang dilantik menguruskan portfolio integriti dan rasuah.
Dzulkefly juga mengkritik tindakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas yang mengatakan syarikat petroleum negara tersebut telah mengikut piawaian pendedahan saman seperti syarikat minyak luar negara lain seperti Exxon-Mobil dan Shell.
“Petronas secara moralnya bertanggungjawab kepada semua pemegang saham, khususnya kepada rakyat Malaysia.
“Berbeza dengan Exxon-Mobil dan Shell yang tidak perlu mematuhi sebarang tanggungjawab moral, Petronas bukan syarikat senarai awam... mereka mempunyai tanggungjawab sebagai sebuah entiti tunggal yang menguruskan minyak dalam negara,” katanya lagi membidas kenyataan Shamsul Azhar baru-baru ini.
Dzulkefly kemudiaan mempertikaikan salah satu syarikat subsidiari Kencana Mermaid 1 (KM1) yang dimiliki oleh SapuraKencana yang diberikan kontrak oleh Petronas untuk menjalankan operasi cari gali walaupun tidak memiliki keupayaan dan kepakaran untuk menjalankan projek tersebut.
“Petronas perlu mendedahkan kenapa syarikat subsidiari Carigali perlu membayar kepada syarikat yang berprestasi baik seperti Kencana Mermaid 1 (KM1).
“Apakah kriteria penilaian yang digunakan dalam semua amalan pemberian kontrak yang membenarkan SapuraKencana untuk memenangi semua bidaan kontrak,” terang Dzulkefly lagi.
Dzulkefly turut menyokong cadangan oleh pengarah strategi media sosial DAP, Yeo Bee Yin baru-baru ini supaya Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dilaksanakan bagi membuktikan syarikat petroleum negara tersebut benar-benar telus.
Kedudukan Malaysia dalam kajian ketelusan pengurusan pendapatan jatuh ke tempat ke-34 tahun ini daripada 22 pada tahun 2010.
Pemimpin pembangkang seringkali mempersoalkan tentang bagaimana peruntukan syarikat minyak negara, yang diamanahkan dengan pengurusan sumber minyak dan gas di negara ini digunakan untuk semua rakyat Malaysia, tetapi telah digunakan pada masa lalu untuk membantu kerajaan membina pentadbiran “mewah” Putrajaya bernilai RM25 bilion dan menyediakan berbilion-bilion dalam subsidi gas asli kepada industri berorientasikan keuntungan.
Cukai dan dividen yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas meliputi lebih 40 peratus daripada pendapatan kerajaan Malaysia.
Laporan Revenue Watch Institute 2013 dan Revenue Watch Institute and Transparency International Report mengenai pendedahan kerajaan dalam minyak, gas dan pengurusan mineral dalam 58 negara-negara kaya sumber dikeluarkan pada bulan April menyaksikan Malaysia merosot tiga peratus lebih rendah berbanding pada tahun 2010, penilaian buruk tersebut merangkumi tiga kriteria yang melibatkan akauntabiliti seperti amalan laporan, perlindungan dan kawalan kualiti.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Salam
Bukan Petronas jer. Audit jugak Felcra!
Post a Comment