Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 2, 2013

RAKYAT DAH TAHU, PEKONG SPR TERUS BERBAU!

Terdapat dakwaan bahawa dakwat kekal yang diguna oleh SPR boleh ditanggalkan dengan sabun dan minyak enjin.
KUALA LUMPUR, 1 Mei ― Pemerhati pilihan raya Bersih hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan kepada umum dakwat kekal walaupun pengendali pilihan raya itu telah menjelaskan malam tadi kotoran itu diakibatkan ada pegawai yang tidak mengikut prosedur.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dilaporkan berkata suruhanjaya itu telah menjalankan ujian semalam dan mendapati kotoran dakwat yang dicalitkan ke jari pengundi akibat daripada botol yang lama tidak digoncang.
“Bersih masih lagi mahukan demonstrasi dakwat kekal itu tidak akan hilang walaupun menggunakan apa-apa bahan kimia dan ia perlu dilakukan hari ini,” kata Maria Chin Abdullah, ahli jawatankuasa pemandu pergerakan berkenaan kepada The Malaysian Insider.
“Ia menunjukkan arahan kepada kakitangan diragui memandangkan setiap orang seharusnya mengetahuinya,” katanya merujuk kepada penjelasan SPR.

Maria dan beberapa pemerhati pilihan raya termasuk pemimpin pembangkang telah membangkitkan isu semalam beberapa jam selepas pengundian awal dilakukan oleh pasukan keselamatan dan pasangan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kepada The Malaysian Insider dakwat kekal itu diperbuat menggunakan silver nitrat dan hanya boleh ditanggalkan selepas tujuh hari.
Beberapa pengundi yang telah membuang undi menggunakan dakwat kekal mendakwa warna dakwat itu hilang apabila mereka membasuhnya menggunakan sabun.

Gambar menunjukkan mereka melakukan demonstrasi membuang dakwat kekal mula tersebar di internet, menimbulkan kemarahan orang ramai berkenaan prosedur yang perlu dilakukan bagi mengelak pengundi mengundi dua kali.

Disebalik protes, SPR memberi jaminan mereka mempunyai langkah pencegahan untuk mengelakkan pengundi mengundi dua kali.
“Dengan kesan terhadap dakwat kekal, SPR menegaskan pengundi awal yang mengundi pada 30 April 2013 tidak lagi boleh mengundi pada 5 Mei kerana nama mereka tidak terkandung dalam daftar pemilih biasa,” kata Kamaruddin dipetik daripada agensi berita Bernama malam tadi.
Kamaruddin juga berkata suruhanjaya itu akan terus menggunakan dakwat kekal pada Ahad depan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Pengarah Perundangan Pilihan Raya PAS, Zulqarnain Lukman, dilaporkan oleh Harakah sebagai berkata agen pilihan raya dan agen pengiraan undi bertugas akan membuat laporan serta merta terhadap SPR dan polis.

Calon PKR Parlimen Batu, Chua Tian Chang, dilaporkan berkata telah membuat laporan polis semalam selepas 20 anggota keselamatan didakwa berkata kepadanya dan menunjukkan bagaimana mereka menghilangkan dakwat kekal tersebut.
SPR telah menyediakan lebih 200,000 botol dakwat kekal untuk pilihan raya umum akan datang.
Daripada jumlah itu, 10,000 daripadanya untuk pengundi awal dan bakinya pada 5 Mei depan.

Sekitar 13.3 juta pengundi Malaysia layak mengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara, bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri di 12 negeri dan tiga wilayah persekutuan. Sarawak tidak akan menjalankan pilihan raya negeri kerana telah mengadakannya pada 2011.

4 comments:

Anonymous said...

dah boleh jangka benda ni sebab orang yg cuba nak menipu pasti akan ditunjukkan tembelangnya oleh tuhan....

Lareyssa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku doakan semoga Allah s.w.t. memberikan hukuman yg paling berat kepada pegawai2 SPR dan macai2nye baik semasa mereka hidup dan tengah nak Nazak nanti.Amin

Anonymous said...

Amin ya rab......