Ahli Parlimen Pakatan persoalkan kelewatan KLIA 2
Pandangan udara KLIA2 menunjukkan status pembinaan pada awal Mei, 2013. PETALING JAYA 27 Mei — Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempersoalkan tentang ketidaktentuan kos akhir dan tarikh siap KLIA 2 yang telah ditangguh lagi kali ini setelah ditangguh sekurang-kurangnya lapan kali semenjak 2009.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dan ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Nurul Izzah Anwar mengatakan projek itu secara keseluruhannya dijalankan oleh “sekumpulan penipu” yang mengubah nada sebelum dan selepas pilihan raya 5 Mei untuk “menyelamatkan air muka Najib.”
Kedua-dua ahli Parlimen itu menyenaraikan 4 tuntutan kepada Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan barunya termasuk bil terakhir dari Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk kos KLIA 2, tarikh sebenar projek siap, mesyuarat dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan audit bebas keseluruhan projek.
“Kami mempunyai keraguan sama ada lapangan terbang boleh disiapkan hujung tahun ini. Kami tidak terkejut jika ianya hanya dilancarkan pada 28 Jun, 2014, semasa ulangtahun ke 16 KLIA berbanding pada 28 Jun tahun ini pada ulangtahun ke 15,” kata Pua.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment