Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 18, 2013

PENGERUSI UMNO SELANGOR MEMALUKAN BN SELANGOR!

UNTUK MAKLUMAN,PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR IALAH DS NAJIB. TIMBALANNYA PERHUBUNGAN IALAH DS NOH OMAR SEMASA PRU13 LEPAS.
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab atas kekalahan besar BN di Selangor.

"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.

BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.

Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat.

Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai menteri.

Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.

Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.

"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.

Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam kerajaan.

3 comments:

Anonymous said...

ha ha , orang kuat PAS
lantak lah apa pun NAJIB nak buat ,apa pula yang PAS sebok buat kenyataan begini ? rumah dia ,dia nak buat apa pun dai punya pasal lah , PAS pergi betulkan rumah sendiri le ? NIL AZIZ tak de nanti PAS Kelantan pun habis

Anonymous said...

Next GE bn 1 kerusi pun x ada,tungguuuu..kali ni aku puashati,kat sepang buat sejarah...

Anonymous said...

Puak2 umno tu lebih baik lompat ke PR le