Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 31, 2013

ORANG SULU LEBIH MUDAH MASUK SABAH DARI ORANG SEMENANJUNG? MASYALLAH!

Komen : Orang Sulu lebih bertuah dari orang Semenanjung yang biasanya perlu menunjukkan paspot atau Kad Pengenalan dan yang nak bekerja dikatakan kena ada permit 3 bulan.Orang Sulu boleh masuk ke tanah Sabag walaupun dengan membawa senjata di bahu. Mereka (orang Sulu) boleh berbincang hingga 4 minggu .Wallahhualam. Walau BN berkuasa tapi Negeri kelantan dan 3 negeri lain dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menapis atau menghalang kemasukan rakyat walaupun musuh politik mereka. Najib mewar-warkan 1Malaysia tapi kemasukan orang ke Sabah waima Serawak seperti tidak mengakui rakyat Malaysia Semenanjung dan Sabah dan Serawak bukan 1Malaysia.Sebab itu Sabah da Serawak sukar maju dari segi ekonomi(harap ekonomi semulajadi) maupun infrastruktur kerana tiadak mahu orang Semenanjung masuk dan menetap di Sabah dan dtambah dengan penghijrahan rakyat Sabah (Yang bijak dan sederhana)yang lebih suka bekerja di Semenanjung dengan gaji lebih lumayan dari negeri sendiri.Yang menarik di Sabah UMNO bernasib baik kerana Sabah menerima UMNO sebagai salah satu parti (Itupun termasuk yang bukan Islam)tetapi di Serawak UMNO langsung tidak dapat bertapak berbanding Paktan Rakyat seperti PAS,PKR dan DAP.UMNO tak rasa maluke?

Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar dihalang dari memasuki Sabah. Sesampainya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu beliau dihalang oleh Jabatan Imigresen Sabah. Biasalah bila tanya sudah tentu mereka akan jawab ...........arahan

Menurut ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai itu, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sedang mengatur untuk menghantarnya pulang.

"Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul dalam twitter pada kira-kira jam 7.30 petang ini.

Katanya, beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Nurul Izzah adalah naib presiden PKR yang kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, naib presiden PKR yang juga MP Batu Tian Chua disenaraihitam oleh imigresen Sabah tidak lama selepas kejadian Lahad Datu berlaku pada bulan Februari.

"Terdapat MP lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Hilman Idham, pembantu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, juga tidak dibenarkan memasuki negeri ini, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Syukri Razab, yang berasal Sabah.

Pada kira-kira 8.20 malam, Nurul menulis dalam twitter bahawa beliau tidak dibenarkan bertemu peguamnya dan diiringi tiga pegawai imigresen Sabah menaiki kapal terbang.

Sumber : Mkini.

No comments: