Kerajaan BN 47% baru diistiharkan dengan melantik Menteri Dalam Negeri(KDN) Yang Baru dan Ketua Polis(KPN) yang baru.Kerajaan BN yang baru sahaja membuat kesilapan melantik 5 orang Menteri dari senator yang belum angkat sumpah. Bila pentadbiran haru dan biru al-maklumlah BN sinonim dengan warna biru maka pentadbiran di bawahnya pun haru biru. Walaupun BN juga baru melantik Menteri Sukan yang baru namun kegelabahan dari kemenangan yang tak direstui mengantui perjalanan pentadbiran BN hingga ke negeri-negeri yang dikuasainya termasuk Negeri Pahang. Kerajaan BN baru dan masih dituduh menggunakan pengundi hantu semasa PRU13 dan adakah penyokong hantu juga ujud di Stadium Pahang? Bagaiman Polis tidak tegas dalam SOP pengawalan penuntun di Stadium? Nanti orang kata polis asyik disalahkan,bukan begitu ..kalau tak kecoh mungkin ada kata tak apa tapi Stadium telah membiarkan penonton duduk di luar tempat yang dibenarkan iaitu berhampiran padang ini membahayakan pasukan pelawat dari kaca mata keselamatan.Kenapa tiket pun boleh diciplak? Dikatakan pencetakan tiket amat teliti bercirikan keselamatn dan sukar ditiru.
Adakan disebabkan tiada ketegasan SOP dan ketegasan Pengurusan Stadium dan penjualan tiket menjadi api yang dicucoh?
Cerita dari Mulut ke mulut:-
Pada pukul 9.45mlm pemain Pahang mula memasuki padang dan bersedia untuk bermain.. selepas itu giliran pengadil masuk padang.. tapi pasukan JDT tak masuk-masuk lagi ke padang selama 15 minit sehingga membuatkan penyokong Pahang berang terpaksa tunggu lama.. Pemain Pahang dan pengadil yang tunggu di situ seperti buat bodoh je tunggu lamanya dan penyokong sudah tidak sabar untuk menonton.. situasi terkawal ketika ini.. tetapi penyokong kelihatan berang kerana pasukan JDT belum masuk Padang lagi di saat pengadil dan pasukan Pahang sudah bersedia..
Selepas itu, seorang pegawai polis berjalan mengelilingi stadium berjabat tangan dan memberi tanda bagus kepada penyokong pahang dan itu menandakan perlawanan selamat utk dijalankan..
Apabila pegawai polis itu lalu didepan Penyokong JDT(Johor Darul Takzim), entah apa yang tak kena di atas tempat duduk penyokong JDT yang secara tiba-tiba baling botol plastik di luar stadium.. rupa-rupanya ada kejadian baling batu dari luar stadium sehingga terkena salah seorang dari penyokong JDT.. Lalu penyokong JDT merusuh keluar beramai-ramai ke padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan di stadium..
Ketika ini penyokong Pahang yang berada di stadium kelihatan tergamam dengan tindakan penyokong JDT yang merusuh keluar ke padang di stadium.. Ini bukan salah mereka kerana mereka tidak baling batu.. Mereka cuma terkejut dan tidak puas hati dengan kejadian baling batu itu..
Yang baling batu dikatakan ialah dari orang yang berada di luar stadium.Mungkin Ini puncanya sebenarnya kejadian di stadium sebentar itu.
Maka, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tidak terkawal lagi.. Penyokong Pahang berang lalu masuk ke padang kerana tidak puas hati dengan penyokong JDT kerana menangguhkan perlawanan.. Penyokong Pahang yang lain sudah mula naik angin lalu berlaku pergaduhan dengan penyokong JDT..
kesimpulannya, pihak Stadium dan pengurusan GAGAL dalam aspek keselamatan.Persediaan Pengurusan Stadium cukup mengecewakan penyokong Pahang dan JDT yang mahu menikmati perlawanan separuh akhir Piala FA...
http://shalehudin.blogspot.com/2013/05/panas-gambar-gambar-yang-tak-ingin-spr.html
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
Ini pun kena salahkan Anwar juga ke? Kan dia ajar rakyat berhimpum aman rata tempat sebelum ini? kihkihkih
Ni semua ANWAR IBRAHIM..kalau tak mesti tak jadi macam ni.
Sultan kena keluar surat kuning kat DSAI.
Post a Comment