Anak muda laparkan kebebasan bersuara,kebebasan media dan hak pendidikan percuma bukan beri duit spt BRIM dan seumpamanya.
Kerajaan BN melalui SPR sebenarnya diragui apabila telah menafikan hak pengundi muda yang berkobar-kobar untuk mengundi dalam PRU13 yang lalu. SPR akhirnya dipercayai menggunakan daftar pengundi setakat bulan Disember 2012. BN melalui SPR tidak sanggup menghadapi arus perubahan kesedaran yang mendadak dari kaum anak muda yang telah berumur 21 tahun ke atas.Selain itu terdapat rungutan anak muda yang telah mendaftar pada tahun 2011 yang lalu tiba-tiba nama mereka hilang bila dibuat semakan baru-baru ini,Ada juga rungutan yang anak mereka telah didaftarkan walaupun individu tersebut tidak pernah melakukan mendaftar di SPR.
Jika daftar pengundi setakat bulan Mac digunakan memang dijangkan akan menghancur undi BN.
Kaum anak muda pada jangkaan ana kalau dihalusi dianggarkan hampir 80% amat meminati lagi yakin dengan manifesto PR yang amat menarik.Kalau dikaji ramai anakmuda terutama yang telah berumahtangga terpaksa mencari wang tambahan bagi hadapi kos hidup yang sentiasa membebankan lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang makanan dan lain-lain. Mereka (anak muda sedar) sangat setuju jika kos tadika sehingga Universiti akan diberi percuma dan dibiayai kerajaan jika Pakatan Rakyat memenangi PRU13. Siapa taknak beban kehidupan seperti harga petrolium dan tol dikurangkan dan dihapuskan? Memang bodo jika ada pengundi menolak Pakatan Rakyat semata termakan dengan momokan Negara Malaysia akan dikuasai oleh orang China.
Kaum anak muda yang suka merempit sudah tentu mahu harga minyak petrol diturunkan supaya mereka boleh merempit dengan giat.Anak muda yang ada anak yang layak ke tadika pasti mahu keluarkan kos hampir RM50-RM100 sebulan untuk hantar ke tadika? Malah sehingga ke menara gading anak akan ditanggung Kerajaan ?Siapa tak mahu?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment