Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 17, 2013

IZAT BIDAS FIDAH ?

PANAS ISU AIR ASIA - SHAHRIZAT 'BALUN' RAFIDAH AZIZ.


BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL TERHADAP TAN SRI RAFIDAH AZIZ.


Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.

Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.

Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani


Thursday, May 16, 2013 Gelombang Rakyat

2 comments:

Anonymous said...

Ye ke kak pidah tu 66 tahun, tapi apa kena mengena umur dibangkitkan kak jat ni...... Saya nampak kak pidah macam 40 tahun.....
Kak jat umur tak membayangkan kematangan tengok madet... Makin tua makin sasau....
Kak jat pun apa kurang pasal lembu nak selak kain.... Itu perangai budak kampaung belum baligh bergaduh.... Selak kain tonggeng pungung....
Dua kali lima wanita, puteri dan tokwan umno yang nyanyuk tu

Anonymous said...

utusan malaysia LIDAH RASMI org2 melayu ke? kesian org2 melayu dikatakan beragama islam tetapi penyebar fitnah dan penuh hasad. tapi aku tak mengiktiraf utusan melayu krn aku takut menanggong segala dosa yg disebarkan oleh utusan,