17 orang Anggota Bahagian MCA Gelang Patah Letak Jawatan Sertamerta..
Tujuh belas anggota MCA Bahagian Gelang Patah pada Khamis meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusinya Jason Teoh berkata mereka melibatkan tiga anggota Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah, 5 ketua kampung, seorang pegawai kerajaan tempatan dan perumahan, 2 pegawai kebajikan serta 6 anggota lembaga pelawat Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.
"Keputusan peletakan jawatan itu bagi menghormati resolusi MCA yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.
"Kami terima keputusan pilihan raya itu dan akan mengikut resolusi tersebut. Oleh itu, saya mengetuai rakan-rakan MCA yang memegang jawatan masing-masing untuk meletakkan jawatan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita, di sini.
Teoh berkata Pusat Khidmat MCA Gelang Patah bagaimanapun tidak akan ditutup dan usaha membantu masyarakat tetap diteruskan.
Susulan peletakan jawatan itu juga beliau menasihatkan penduduk di Gelang Patah agar mengadu masalah masing-masing kepada anggota parlimen mereka yang baharu.
"Oleh kerana ketiadaan jawatan, mungkin kami akan mengalami masalah tertentu dan tidak secekap dahulu. Kami akan rancang cara lain untuk mendekati penduduk Gelang Patah," katanya.
Katanya MCA Gelang Patah sudah bekerja keras dalam membantu masyarakat dengan kebanyakan isu sudah diselesaikan walaupun ada kes tertentu yang gagal memuaskan kehendak mereka
Nukilan Oleh Juragan
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
3 comments:
PAS juga akan hancur luluh mcm BN jika tidak memahami kehendak dan aspirasi anak muda yg mahu perubahan pemikiran, cara bertindak dan hala tuju politik masa kini....tok2 lebai dan tok2 janggut dlm PAS perlu keluar dari kepompong lama dan bersama sama menuju citarasa arus baru politik negara...
mampukah orang melayu bersatu hati macam mereka ini . cina punya jatidiri yang sempurna .
Anon 1.07, aku setuju sangat tu, lebih ramai lagi ahli2 pas yg layak menerajuai kepimpinan pas sekarang termasuk majlis ulama pas. kpd pemimpin lama yg minda tak berkembang atau pekak badak tu letaklah jawatan bagi aje kpd pemimpin yg lebih baik spt Datok Nizar Jamaludin, Datok Husam Musa dan ramai lagi bagi menerajuai kepimpinan.
Post a Comment