Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 22, 2013

ALI RUSTAM GUGUR, KLON BELIAU LAGI KOTOR !

MELAKA: Adun Bukit Baru (PAS), Dr Md Khalid Kassim meminta Ketua Menteri Melaka, Dato' Wira Idris Haron memohon maaf dan menarik balik fitnah bahawa PAS cuba merampas pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bukit baru, di sini.

Menurut Dr Khalid, laporan akhbar Berita Harian pada 11 Mei 2013 dengan tajuk 'PAS cuba rampas pejabat JAPERUN' antara lain turut memetik ucapan Idris yang mengatakan tindakan penyokong PAS itu membuktikan mereka masih tidak memahami sistem pentadbiran negeri.

"Laporan itu juga menyebut PAS sedang mengintai Dewan Tun Ali dan Masjid Saidina Ali sedangkan di peringkat PAS Kawasan tidak wujud langsung arahan untuk merampas tiga prasarana itu.

"Laporan itu juga menunjukkan bahawa saya langsung tidak mengetahui prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagai wakil rakyat.

"Saya cukup berkeyakinan laporan itu berniat jahat dan cuba memburukkan imej saya sebagai Adun, oleh itu saya dan PAS Kawasan menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar berkenaan," kata beliau kepada Harakah di sini.

Selanjutnya, beliau dan PAS Kawasan Bukit Katil tahu memang tak boleh, sebab itu kita buat pusat khidmat sendiri di depan Masjid meminta Dato' Idris Haron serta Berita Harian memohon maaf dan menarik balik laporan fitnah itu dalam tempoh tujuh hari, jika tidak tindakan mahkamah akan diambil.

"Saya belum angkat sumpah lagi dan tak terfikir langsung nak guna bangunan JAPERUN sebab kita Bukit Katil. "Sebelum ini, saya telah menyatakan agar beliau memenuhi hasrat rakyat Melaka mentadbir negeri ini dengan prinsip keadilan, mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat serta memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Melaka," ujarnya.



1 comment:

Anonymous said...

biasalah org melayu, memang sesuai dgn utusan lidah rasmi org melayu, fitnah, video lucah, rasuah dan bermacam kejahatan tak ubah spt perlakuan SYAITAN dah menjadi mainan org melayu umno.