Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 19, 2013

PETANDA BN KALAH GARA-GARA SI ROS!

Tindakan ROS ini ada hikmahnya, inilah peluang utk membuktikan keutuhan & kesepakatan dlm PR, sekaligus mematikan terus tohmahan DAP anti Islam. Ikatan persaudaraan dlm PR akan bertambah erat apabila ada ahli yang ditimpa ‘bencana’. Ibarat cubit paha kiri paha kanan terasa juga. Ia juga akan membantu mengikis rasa fobia sesetengah pengundi Melayu/Islam terhadap DAP.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

3 comments:

Anonymous said...

ros ros I lap u
kenape buat gitu
kan udah jadi bersatu
orang merah sudah kalor biru

Anonymous said...

Setuju dengan saranan Anwar
di Lembah Pantai.
PKR juga guna lambang PAS.
Anggaplah Bulan & Hijau tu,
lambang Pakatan Rakyat.
BN/UMNO merancang
Allah juga merancang.
Nampaknya, Hishamuddin
dah terkantoi...
Ini kalilah... TUKAR.

Anonymous said...

X KIRA LA PAKAI LAMBANG APAPN,LAMBANG TAPIR PN X PE,JANJI LAWAN TETAP LAWAN,BYE BYE CAP KATI KURAPPPPPPPP!!!