Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 10, 2013

GULA-GULA BN YANG BERANGIN !

Ini yang dinamakan gula-gula. BN dah biasa beri gula-gula pada rakyatnya terutama bila ada bunyi pilihanraya walaupun pilihanraya itu memakan masa sehingga 5 atau 6 bulan baru dibubarkan. Najib dengan Muhyiddin dengan gula-gula RM1200 BRIM jika diberi mandat .Manakala Bekas MB Terengganu pula janjikan RM1000 jika pengantiin baru.Mereka yang menimang anak dijanjikan RM500 .Cuma tak ditetapkan anak yang macammana boleh dapat RM500 tsb? Kalau kat Melaka ramai boleh dapat anak pertama siap ada tempat perlindungan lagi.Hidup biar berkat! Yang dah kita tak pelik , SPR dan SPRM buat diam jer bila Pemimpin BN mengumumkan gula-gula dan tawaran yang belum tentu hanya persetankan dengan undi kepada mereka yang ditagih.

KUALA TERENGGANU: Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13.

Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini.

Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.

"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. - BERNAMA

No comments: