Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 16, 2013

ENGGAN TERIMA BILA DIPELAWA KINI DAPAT BAHANA !

Komen : bagai bercakap tanpa memisahkan gigi atas dan bawah, penyandang Parlimen Pandan terima padah .Oang Tee Kiat semasa teman bersama beliau amat disenangi semua orang termasuk orang Melayu.Teman dulu ahli UM?? dan berjuang di Hulu Klang dan berubah ke PAS dan telah melalui ranjau PRU 1999 dan 2004 bersama sahabat kini bergelar YB Tn Hj Khasim. Alhamdulillah bertukar ke Bukit Sentsoa 2 dan melalui PRU 2008 dan PRK 2010 dan istiqamah menang Unit Peti Undi. Kini tumpuan kepada DUN Hulu Benam harus ditumpui.Kini Ong Tee Kiat macam tergeliat bila tidak disenarai wakil MCA dan beliau kena terima sebab ketua.Inilah faktor bonus bila ramai ahli dan pemimpin MCA akan berpaling kepada Pakatan Rakyat bagi mengundi bukan BN

Senarai calon MCA yang akan menentang calon Pakatan rakyat! - Ong Tee Keat digugurkan: Rakyat akan jadi hakim isu senarai calon MCA

KUALA LUMPUR, 15 April – Senarai calon MCA tidak lama lagi akan “dihakimi oleh rakyat”, kata Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini, sebaik sahaja disahkan digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Akan tetapi bekas presiden MCA mendiamkan diri tentang sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan sebagai calon bebas untuk membantah keputusan partinya untuk meletakkan peguam berusia 39 tahun Garry Lim Chin Yee untuk melawan Rafizi Ramli dari PKR.

“Saya akan beritahu apabila tiba masanya. Senarai calon MCA akan dihakimi oleh rakyat tidak lama lagi,” kata Ong dalam kenyataan pendeknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Ong yang tidak sebulu dengan penggantinya sebagai presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, merupakan ahli parlimen selama lima penggal bagi kerusi parlimen Pandan, digugurkan petang ini dari senarai calon Barisan Nasional (BN) selepas senarai akhir diserahkan kepada semua ketua parti komponen.
Beliau menyertai dua lagi naib presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Gan Peng Sieu yang turut digugurkan sebagai calon.

Ong dan Ng kedua-duanya penyandang ahli parlimen Pandan dan Raub, sementara Gan dilantik sebagai senator selepas kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol di Johor.

Gan pernah dikatakan seiring dengan kumpulan Ong masa berlakunya krisis dalaman MCA setelah pilihan raya 2008 yang menyaksikan perwakilan parlimen MCA berkurangan lebih daripada separuh.

Dr. Chua menggantikan Ong sebagai presiden MCA pada 2010, tapi Ong masih kekal popular di kalangan pengundi cina dengan jumlah sokongan yang ketara di dalam BN.

Setelah digugurkan dari senarai calon untuk pilihan raya ke-13 oleh Dr. Chua pada Februari lepas, Ong menegaskan beliau akan bertanding sebagai calon BN di Pandan melawan pengarah strategi PKR Rafizi yang dikenali ramai.

Ong pada masa itu juga tidak menjawab soalan sama ada dia akan pilih untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya BN tidak setuju untuk meletakkan beliau di Pandan.

Beliau juga tidak mengatakan sama ada beliau merasakan sebagai calon pilihan BN dan Najib bagi kerusi Pandan.

Kedua-duanya menurutnya pada ketika itu adalah spekulasi semata-mata sehingga kepimpinan BN membuat keputusan.

Difahamkan Ong disokong oleh pemimpin kanan Umno untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan oleh kerana populariti peribadinya dikalangan penduduk kawasan tersebut.

Pemerhati juga merasakan peluang BN untuk mempertahankan Pandan lebih baik jika Ong sebagai calon terutamanya apabila berhadapan dengan Rafizi dari PKR.

Rafizi, 35 mencipta namanya tahun lalu dengan beberapa siri pendedahan seperti skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan namanya membanjiri dada-dada akhbar.

MCA menang 15 daripada 40 kerusi parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya 2008; tujuh daripadanya terletak di Johor.

Pakatan Rakyat (PR) walau bagaimanapun, masuk ke kubu kuat MCA dengan meletakkan penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah.

The Malaysian Insider melaporkan hari ini BN akan meletakkan menteri besar kerajaan sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah selepas MCA menyerahkan kerusi kepada Umno.

Dr Chua yang dijangkakan akan berhadapan dengan Lim mengatakan Khamis lepas beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya 5 Mei bagi membuktikan beliau komited untuk bekerja bagi parti dan bukannya gilakan kuasa.

PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya umum lepas, tetapi kalah dua kali kepada Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng.

Tan mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, lebih kecil daripada majoriti 31,666 undi pada 2004.

Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut manakala Melayu dan India masing-masing adalah 34 peratus dan 12 peratus./TMI

Inilah senarai calon MCA mewakili BN yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leong (KEADILAN) vs Chor Chee Heung (MCA)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) vs Heng Saei Kie (MCA)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) vs David Chua Tiek Siang (MCA)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) vs Gui Guat Lye (MCA)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP) vs Teh Beng Yeam (MCA)
P 051 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN) vs Tan Heap Seng (MCA)
P 064 - Ipoh Timur - Wong Kah Woh (DAP) vs Kat Wong Mei Yin (MCA)
P 065 - Ipoh Barat - M Kulasegaran (DAP) vs Cheng Wei Yee (MCA)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (DAP) vs Loo Thin Tuck (MCA)
P 070 - Kampar - Steven Lim (DAP) vs Lee Chee Leong (MCA)
P 071 - Gopeng - Lee Boon Chye (KEADILAN) vs Tan Chin Meng (MCA)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (KEADILAN) vs Kong Cho Ha (MCA)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN) vs Ong Ka Chuan (MCA)
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP) vs Hoh Khai Mun (MCA)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) vs Liow Tiong Lai (MCA)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN) vs Donald Lim Siang Chai (MCA)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) vs Garry Lim Chee Yee (MCA)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP) vs Yap Pian Hon (MCA)
P 104 - Kelana Jaya - Wong Chen (KEADILAN) vs Loh Seng Kok (MCA)
P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN) vs Seah Kok Fah (MCA)
P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP) vs Chew Hoong Ling (MCA)
P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP) vs Teh Kim Poo (MCA)
P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP) vs Franke Gan Joon Zin (MCA)
P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP) vs Nicloe Wong Siau Ting (MCA)
P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP) vs Teoh Chee Hooi (MCA)
P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN) vs Tan Kok Eng (MCA)
P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP) vs Yeo Chai Thiam (MCA)
P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP) vs Teo Eng Kian (MCA)
P 135 - Alor Gajah - Damian Yeo Shen Li (DAP) vs Koh Ngai Kwong (MCA)
P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP) vs Yee Kok Wah (MCA)
P 142 - Labis - S Ramakrishnan (DAP) vs Chua Tee Yong (MCA)
P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP) vs Chris Lee Chin Yong (MCA)
P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chow (PAS) vs Wee Ka Siong (MCA)
P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP) vs Hou Kok Chung (MCA)
P 158 - Tebrau - Steven Choong Siew (KEADILAN) vs Khoo Soon Seang (MCA)
P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP) vs Tay Chin Hein (MCA)
P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP) vs Wong You Fong (MCA)

Nota : Huruf tebal = kerusi panas

Ini bermakna kerusi parlimen Gelang Patah tidak akan ditandingi MCA sebaliknya Lim Kit Siang berhadapan dengan pemimpin Umno negeri / Jalan pulang

No comments: