Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 17, 2013

BN MEMANG TAK LAYAK MEMERINTAH, BIAR UMNO KALAH !


Saban hari Umno bercakap bagaimana baiknya Umno kepada orang Melayu, maka kehilangan kununnya menjaga hak tanah Melayu, Hak keistimewaan Melayu, Hak Raja-Raja dan banyak lagi.

Yang ironinya rakyat sedarkah bahawa berapa ramai orang Melayu kaya? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang sebahagian besar nya Melayu. BR1M 2 di beri kepada 7 juta orang! Apa maknanya ini? Dari tarikh BR1M 1 hingga ke BR1M 2,adakah berkurang statistik kemiskinan rakyat Malaysia terutama Melayu?
Dibawah pemerintahan Umno selama 55 tahun, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1,500 dan 7.2 juta mempunyai pendapatan bulanan RM1,200. Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 sebulan dan layak menerima BR1M?

11 juta. 11 juta daripada 16 juta orang Melayu! Ertinya 70 peratus orang Melayu miskin dan papa dibawah pemerintahan Umno. Mengapa kita mahu beri 5 tahun lagi kepada Umno? Apa yang boleh mereka lakukan dalam 5 tahun sedangkan dalam masa 55 tahun, mereka gagal membetulkan kedudukan orang Melayu.

Maka sudah sampai ketikanya orang Melayu memilih pihak lain untuk mengurus kewangan dan ekonomi negara.

Jika majority yakni 70 peratus orang Melayu miskin, apa kehilangan yang mereka takutkan jika Umno kalah? Mana mungkin orang takut akan kehilangan sesuatu yang mereka tidak ada? Majority orang Melayu dengan demikian, tidak akan kehilangan apa-apa bahkan memiliki banyak jika melakukan perubahan kerajaan.

Jadi apa sebenarnya hendak ditakutkan jika kita menyingkirkan Umno? Jika seperti yang diakui oleh Najib, RM52 billion dari RM54 billion sudah lesap, adalah lojik untuk menerima bahawa jumlah tersebut tentu sudah diagihkan kepada orang Melayu. Itu dasar DEB bukan?

Ertinya, jika kita beri RM1 juta seorang, kita mesti sudah nampak adanya 52,000 jutawan Melayu. Mana dia nya jutawan Melayu yang 52,000 ini.

Dimana dan kemana mereka?

Mengapa 70 peratus Melayu berada dibawah garis BR1M ketika Umno cakap besar mereka mempunyai track record atau prestasi yang terbaik yang menjaga kepentingan Alif Ba Ta?

Dan kenapa Umno menggunakan tektik gangster dan penjahat untuk membelasah orang Melayu yang sudah tidak yakin kepada Umno? Ini semua mesti jenis Melayu hasil dari acuan Mahathir mursyidul am Umno yang menasihati lebih baik berkawan dengan orang jahat dari orang baik.

Dan mengapa Melayu Umno membutakan mata dan memekakkan telinga kepada rasuah dan pembelian undi yang dilakukan oleh Najib menjelang PRU13 ini?

Jawapannya mesti kerana merekalah yang menikmati faedah secara peribadi dari kejayaan Umno manakala 70 peratus dari bangsa Melayu terpinggir! Oleh kerana itu mereka jadi subahat kepada angkara durjana yang dilakukan oleh Umno dan menyokong fitnah dan kezaliman keatas golongan Melayu yang berjuang untuk menyingkirkan kerajaan Umno yang zalim, rasuah dan penjaga dan pembela golongan Melayu terpilih.

Bangkitlah wahai orang Melayu, kamu tidak kehilangan apa-apa bahkan data menyingkirkan kerajaan yang membohongi dan membeloti orang Melayu! — Sebahagian dari tulisan dari blog sakmongkol.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments: