Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 16, 2013

AKHIRNYA UMNO BERPECAH, PARTI PEKEMBAR TERUS HAMBAR !


bermula hari ini UMNO akan berpecah.
Tun Mahathir akan saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau. Segala-galanya bermula hasil kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Tidak perlu disebut siapa yang digugurkan dan siapa yang bertukar tempat bertanding dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu kali ini ialah tentang perasaan bangganya Najib menurunkan calon-calon yang tidak bodoh seperti yang diucapkan Tun Mahathir. Akhirnya kali ini kununnya diturunkan adalah berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Dikatakan kelayakan sekurangnya pemegang Diploma.

BN telah mengumumkan bahawa 49 peratus daripada calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30 peratus daripada calon Parlimen merupakan calon-calon gantian kununnya untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU 'terakhirnya'.
Kesedihan menyelubungi barisan pemimpin lama yang masih kuat berjasa seperti Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di Kawasan DUN di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini.

Ringkasnya mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan (meminjam kata-kata Aspan Alias). Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.

Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.

Akhirnya UMNO akan berpecah walaupun mahkamah belum rasmi pengharaman yang telah berlaku pada tahun 1988 dan tahun 2008.Yang penting BN akan berpecah dengan ketidak seimbangan sokongan dan perjanjian pencalonan setiap komponen partinya MCA dan MIC serta GERAKAN waima UMNO sekalipun.Cuma UMNO(BARU)yang sah telah disorokkan dan nama PEKEMBAR dirasakan pemimpin UMNO nama yang menjijikkan.

1 comment:

otaistillkick said...

biar mereka berpecah ... masa untuk merampas parlimen hulu selangor dan 3 dun