KUALA LUMPUR, 6 APRIL : Rimas ditindas sejak sekian lama, akhirnya lebih 20,000 ahli Persatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) turun ke jalanan menzahirkan bantahan terhadap pengurusan bank yang melanggar kontrak konservatif di antara majikan dan pekerja.
Kontrak konservatif yang dipersetujui melibatkan kenaikan gaji, bonus dan kelebihan yang diberikan sebagai kakitangan.
Berkumpul di hadapan Dataran Maybank sejak jam 1 petang, Picket Daulat 6413 mula berarak pada jam 2.30 petang dan berkumpul di hadapan Bangunan UAB yang menempatkan premis bank CIMB.
Laungan ‘CIMB Down Down’ dan ‘Lawan Tetap Lawan’ bergema sepanjang Picket Daulat 6413 selain beberapa sepanduk yang mencuri tumpuan orang ramai sehingga mereka turut sama membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Antara kain rentang dan sepanduk yang dipamerkan adalah ‘Adik PM Malaysia Mungkiri Janji’, ‘Maybank Tipu Maybankers’, ‘Ahli tipu dipecat, pengurus tipu naik pangkat’, ‘Pengurus Amiruddin menindas ahli hamil’, ‘Abang sulung janji ditepati, adik bongsu janji dimungkiri’ dan ‘Darah pekerja diperah, belanja golf RM18.7 juta’.
Himpunan ini turut dimeriahkan dengan paluan gendang dan tiupan wisel, Picket Daulat 6413 mengemukakan 10 tuntutan segera yang perlu ditunaikan tiga bank utama iaitu Maybank, CIMB Bank dan Bank Muamalat.
10 tuntutan tersebut adalah:
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment