Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 20, 2013

PERANGAI OTAI UMNO DAH PECAH BAU PETAI !

Komen : Tun Mahathir tak silap admin ialah ahli UMNO yang pernah menggunakan no 0000001 dalam keahlian UMNO. Beliau pernah dipecat oleh PM pertama Malaysia pada tahun 1969. Dan kali kedua beliau keluar UMNO iaitu merajuk pada tahun 2008.Ahli-ahli UMNO yang bengong dan masih hingusan patut sedar bahawa orang yang kamu sanjung bukannya tetap pendirian. Beliau juga dikatakan terlibat dalam memberi Kad Pengenalan secara mudah kepada 130,000 orang pendatang asing pada tahun 1985 dalam pemerintahannya.Dan Tun Mahathir pu telah mengaku zamannya beratus kad pengenalan telah dikeluarkan. Tian Chua yang seorang kamu beria-ia nak kamu(penyokong+pendokong UMNO/BN) lucutkan jawatan tapi kamu(penyokong+pendokong UMNO/BN) tak sedar atau kamu semua diperbodohkan atau kamu memang dungu boleh rela membiarkan pemberian ribuan warnganegara segera kepada orang luar? Kini kamu sanggup biarkan kad pengenalan diberi kepada warganegara Indonesia yang dikatakan beratus ribu? Di mana kesetian kamu semua?Kes Tian Chua masih boleh dibicarakan ! Bagaimana kes Kad pengenalan yang telah diberikan dengan mudah beratus ribu banyaknya????



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim secara tegas mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang projek kad pengenalan (IC) Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.

Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.

Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.

"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.


"Memang berlaku pertemuan di antara Megat Junid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh ketika itu.

"Saya ulang, kalau polis dengar apa yang saya katakan ini, sila rakam. Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau polis mahu dakwa saya silakan. Kita jumpa di mahkamah," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.

Hassnar yang merupakan bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 juga berkata, IC tersebut bertujuan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang belum menyertai BN ketika itu.

"Pada tahun 1988, PBS sedar perkara ini berlaku dan syarat yang dikenakan saya mesti dipenjarakan.

"Jadi saya ditahan di bawah ISA selama 59 hari. Walaupun saya buat kerja buat kerja untuk Umno ketika itu, saya tetap ditahan. Jadi berkawan dengan orang Umno kerana walaupun anda buat kerja untuk mereka, anda tak terkecuali daripada diambil tindakan," katanya.

Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.

Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersebunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Sabah merupakan perancangan Tun Mahathir selepas kekalahan BN.

Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh.

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=333937

No comments: