Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 28, 2013

LEPAS 30 APRIL ,BN HANCUR, AIR MATA BERCUCUR ?!?

DS Najib dikatakan ada kuasa sehingga 30 April 2013 oleh SPR. Ini bermakna lepas 30 April 2013 BN akan tercungap-cungap untuk kempen kerana biasanya dir PRU lepas-lepas BN akan menggunakan jawatan Menteri semasa pergi berkempen dan menggunakan jentera kerajaan sewenang-wenangnya. Tapi kali ini selepas melepasi mandat 5 tahun lebih ...BN kena guna muka tebal bila menggunakan jentera kerajaan dan nama jawatan menteri ketika berkempen atau merasmi sebarang majlis.

28 Mac 2013

SPR

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mendapat khidmat nasihat daripada pakar perundangannya mendapati pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyediakan kod etika berkenaan kerajaan sementara selepas pembubaran Parlimen atau Dun.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, apa yang boleh dilaksanakan oleh SPR adalah menguatkuasakan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya umum dijalankan dengan adil dan bersih.


"Sebagai contoh (kerajaan) tidak boleh menggunakan harta awam, harta kerajaan untuk tujuan politik.

"Kalau kita lihat secara umum, kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan pun, di bawah kerajaan sementara ini tidak boleh membuat perkara-perkara yang baru, itu memang betul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Jelas Aziz, di bawah peraturan kerajaan yang ada pada hari ini, sama ada di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri, sudah jelas bahawa kerajaan sementara ini hanya berperanan meneruskan dasar-dasar kerajaan terdahulu sahaja.

"Mengikut undang-undang, sepatutnya semua ini sudah ada di bawah undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya pun. Tetapi ianya disyorkan dalam PSC baru-baru ini," katanya lagi.

Aziz diminta mengulas perkembangan kod etika kerajaan sementara yang sebelum ini dikatakan disediakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu, kerajaan akan meminta Pejabat Peguam Negara menentukan garis panduan tertentu bagi membolehkan kerajaan sementara di peringkat persekutuan dan negeri ditadbir selepas pembubaran Parlimen dan Dun masing-masing.

Menurut beliau, garis panduan itu berfungsi sebagai rujukan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilaksanakan sebagai sebuah kerajaan sementara.

"Saya tak nampak apa-apa masalah kerana ada 60 hari untuk pilihan raya diadakan selepas Dun dibubarkan," katanya merujuk kepada pembubaran Dun Negeri Sembilan yang mencapai tempoh matang.

Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengingatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyalahguna jentera dan dana kerajaan untuk kempen BN menjelang pilihan raya.

Menurut PR, mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui BN sudah berakhir 8 Mac lalu iaitu genap lima tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 diadakan.

Kerajaan sementara ini merupakan salah satu syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya kepada SPR tahun lalu.

1 comment:

Anonymous said...

Bukankah mamak kutty depa dok kata orang-orang UMNO nie kalau ambik yang ceredik nanti depa lawan toke,maknanya kenalah ambik yang bingai-bingai senang nak suruh buat kereja yang juga bingai.Ha la nie sapa yang dok kena garu kepala Najib la sapa lagi,pasai tu la semua yang orang dok cerita hat baik depa dok kata tak baik,sebab mata depa dah buta hati dak berkarat otak dah beku .