Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 21, 2013

KALAULAH DSAI CALON PARLIMEN HULU SELANGOR ....KAN BAGUS!

Keputusan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh dianggap penganalisis politik sebagai mencerminkan keberaniannya keluar dari zon selamat.

Ia juga dianggap membuka kerusi parlimen yang berpotensi untuk dimenangi kali ini sesudah kalah dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti tipis.

Permatang Pauh boleh dianggap sudah biasa dengan Pakatan Rakyat, seperti juga Ipoh Timur di Perak atau Bukit Bintang di Kuala Lumpur, kesemuanya merupakan kerusi 'winnable' sebagai beberapa contoh.

Ini juga dilihat sesuatu yang positif apabila Anwar dilihat 'mengikut jejak' Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timur dan berani bertanding di Gelang Patah, Johor, negeri kelahirannya.

Perkembangan menarik ini pastinya membuatkan Barisan Nasional (BN) lebih berhati-hati kerana sekiranya Kit Siang berjaya menang, tsunami politik dari selatan pula membadai setelah terhenti di Negeri Sembilan dalam pilihanraya umum lalu.

Anwar yang dijangka bertanding kerusi di Perak juga dilihat memberi nilai tambah kepada kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu yang sudah bersedia menerima kembali pemerintahan rakyat setelah tipu helah Najib Altantuya berjaya pada 2009.

Berdasarkan keadaan semasa, Anwar dijangka akan bertanding sama ada di parlimen Pasir Salak, Tapah atau Lumut kerana ketiga-tiga kerusi berkenaan dijangka mampu dimenangi, apatah lagi jika Anwar yang bertanding.

Begitupun, jika dia ingin bertanding di Selangor, peluangnya juga cerah walaupun daftar pemilih paling kotor dalam sejarah negeri itu kini terhidang angkara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas arahan Umno.

Kedua-dua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini seolah memberi isyarat kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar 'keluar' dari Marang dan bertanding di negeri lain, contohnya Pahang.

Umum mengetahui strategi bijak meletakkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di luar zon selamat mereka akan menambah nilai dan imej parlimen yang mereka tandingi kerana selama ini diabaikan BN sejak 50 tahun lalu.

No comments: