Ambil Iktibar Insiden Lahad Datu - Syura PAS
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.
"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada  dari dalam mahupun luar negara.
"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.
Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.
Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.
Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.
"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi.
Ingatan agar dilakukan :
Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa seluruh umat Islam di Sabah yang berhadapan dengan isu pencerobohan tanah air untuk sentiasa mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah saw apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut:
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Dr. Mohd Khairuddin A. Razali
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment