Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 29, 2013

7 PERSOALAN DASYAT UNTUK KETUA BN JAWAB SEBELUM SANGAP!

MERLIMAU - Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau menjelaskan tujuh isu yang belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialah berhubung kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-baru ini mengatakan, 80 peratus di sekitar Iskandar Malaysia sudah pun dimiliki oleh warga asing. Datuk Syed juga mengatakan rakyat Johor paling miskin disebabkan harga rumah & hartanah di Johor yang sangat membebankan.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia (RAPID) yang menimbulkan pelbagai kontroversi dimana projek besar bernilai RM60 bilion itu mengakibatkan alam sekitar dan kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yang dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam pelaburan wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5 sen sahaja. (TH merupakan pemegang saham terbesar dalam Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat daripada kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di bawha paras IPO.

Ketujuh mengei pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang mengaitkan Najib dan keluarganya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Jawapan ringkas Najib bahawa Deepak tidak berwibawa tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.

Menurut Salahuddin, ketujuh-tujuh isu tersebut perlu dijawab oleh Najib kerana ia melibat kepentingan rakyat seluruhnya.

Salahuddin berkata demikian di Majlis Mengeteh dan Santai bersama rakyat di Merlimau petang ini.

No comments: