Rupanya Mahathir Sudah Tahu Pakatan Rakyat Akan Menang PRU 13.. Ini Buktinya
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"
Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.
"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.
Posted by Addin Deen at 2/01/2013
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
kadang2 cakap2 melalut mahathir nie elok jugak....maklumlah mamak mudah lupa.....dgn cakap melalutnyer itu....tak secara langsung dia mengaku yg dia dan UMNO/BN menggubal ISA bukan utk keselamatan negara ttp adalah utk kepentingan kuasa die dan kuasa UMNO/BN sajer.....iihhhh...iiihhhh...iihhhh...jgn lupa mahathir...rakyat tak muda lupa......akan perbautan2 kau tu....bukti2 rekod pengkhianatan kau tu telah disimpan....menunggu utk dibuat pendakwaan jer.....penjara sg buloh tengah menanti kau......dan tali gantung juga ingin menjerut leher kau tu.....tungggggguuuuuuuu.....
Post a Comment