Kini kisah perjanjian sewa denga Sultan Sulu cuba diketengahkan untuk mendapat simpati rakyat kununnya askar kesultanan Sulu adalah penceroboh. Mungkin dengan cara ini akan menyebabkan rakyat setuju dengan tindakan Kementerian luar atau Dalam negeri menghalau mereka.
Kita rakyat yang sedar harus ambil tahu kenapa penceroboh diberi layanan khas tanpa tangkapan? Sedangkan pendemo BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 yang merupakan rakyat Malaysia dengan mudah dipukul dan ditangkap dengan cara tiadak beretika.
Kerajaan Malaysia jangan samakan perjanjian royalti Terengganu semasa PAS memerintah boleh diubaisuai menjadi Wang Ehsan mahu dilakukan kepada perjanjian dengan kesultanan Sulu. Jangan mungkir janji ala komisyen ATtantuya. Janji diberi tapi dinafi lepastu Attantuya mati dibunuh.
Jika Malaysia tidak hormati pada perjanjian dulu dengan Sultan Sulu maka memang BN derhaka.
ASKAR KESULTANAN SULU TIDAK MAHU TINGGALKAN LAHAD DATU SABAH


Penceroboh tidak mahu tinggalkan Lahad Datu Sabah
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana
Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi
Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP
No comments:
Post a Comment