Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 22, 2013

MCA RAGU BN HARU !

Pada saat DS Najib mengelabah kesuntukan nak umumkan PRU 13 ,komponen terkuatnya MCA membuat haru kepada parti biru itu. Apataknya Ong Tee Keat Ahli Parlimen BN Pandan yang kalah dalam pertandingan merebut kerusi presiden MCA yang lalu membuat kenyataan balas terhadap kenyataan Presiden MCA yang pernah mengakui membuat hubungan seks di sebuah hotel di Johor Darul Takzim telah menyatakan YB Ong Tee Keat bukan calon yang boleh menang.
Yang pelik dan dah tak pelik pada Ong Tee keat ialah Presidennya yang terlibat skandal yang memalukan maruah MCA boleh mengata orang lain seolah-olah beliau(Presiden MCA) sekarang lebih baik dari Ong Tee Keat. Semoga BN/UMNO bertambah tergeliat dalam mengharungi PRU13 yang sangat menakutkan BN dan UMNO khususnya.
Rakyat kini amat berinformasi dan sedar diri. Mereka sukar ditipu dengan tuduhan lawak dan fitnah dari media-media BN. Rakyat kini lebih cepat mencari berita dan jawapan terhadap tuduhan BN terhadap Pakatan Rakyat.
Pemimpin sedar BN dan rakyat sedar akan berharap kerajaan BN terutama UMNO akan jatuh, runtuh dan hancur semasa PRU13 tidak lama lagi demi kesejahteraan rakyat dan bumi Malaysia.

No comments: