KUALA LUMPUR 18 FEB: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengecam keras pengusiran Senator bebas, Nick Xenophon dan mahu kerajaan Malaysia beri penjelasan mengenainya.“Jelas kita gagal untuk mendapatkan persetujuan kerajaan Malaysia untuk membenarkannya tinggal di Malaysia.“Kita akan terus mengejar isu ini dengan kerajaan Malaysia,” kata Gillard di Melbourne hari ini, dilapor agensi berita, AFP.Beliau juga ‘terkejut dan kecewa’ terhadap Malaysia mengatakan Canberra membuat ‘tanggapan segera dan berat’ berhubung pengusiran Xenophon.
"Kami tidak berhasil mendapatkan persetujuan pemerintah Malaysia agar ia (Xenophon) tetap di Malaysia.“Kami akan terus membahas masalah itu dengan pemerintah Malaysia,” kata Gillard dalam akhbar Indonesia, Republika online yang turut mengutuk deportasi ke atas Xenophon.Xenophon mengatakan, lawatan beliau ke Malaysia untuk memantau sistem pilihan raya adalah urusan rasmi, menurut laporan media Australia.
“Ia bukan tidak rasmi,” kata Xenophon dilapor radio ABC di Australia.“Ia adalah perjumpaan di mana keputusannya akan dibawa ke parlimen persekutuan berkenaan lawatan itu nanti,” katanya lagi.Beliau juga percaya pengusirannya ekoran sokongan terhadap kumpulan pro demokrasi, Bersih.
Xenophon ditahan 15 jam oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi semalam berkata, beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia,” katanya dipetik.Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah Ahli Parlimen (MP) Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.Delegasi itu dijadual bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan Ahli Parlimen pembangkang.Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon. ~keadilandaily
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment