Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 1, 2013

DASYATNYA TEMPAH DAKWAT KEKAL TERTEMPAH BANGLA SEKAPAL?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan
datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.



Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan.

"Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lamanweb khas untuk PRU ke-13 di Putrajaya sini hari ini.

Penggunaan dakwat kekal antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan dakwat akan dicalit di jari telunjuk kiri pengundi.

Mengenai pengundi luar negara, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,000 permohonan pengundi luar negara telah diterima oleh SPR dan setakat ini tiada sebarang rungutan diterima berhubung perkara itu.

"Sekurang-kurangnya 100 permohonan diterima SPR setiap hari dan permohonan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Australia paling ramai diikuti United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat dan China," katanya.

Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka SPR sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak.

- Bernama

SPR dah tempah dakwat kekal..
Kerajaan BN dah tempah Bangla, Nepal dan yg sekapal?
Mungkinkah ianya dibatal
di saat akhir seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila risikan mengetahui BN akan terlungkup jika dakwat kekal digunakan?
Rakyat memang dah tak percaya SPR ni sehingga ia benar2 terlaksana. Sejarah telah membuktikan segala dalih dan tipu helah SPR ni...ini telah diakui PM Bn terlama memerintah Malaysia 22 tahun menggunakan tektik pemberian Kad Pengenalan untuk pilihanraya.Lepas tu beliau(Tun M) menuduh Allahyarham PM pertama memberi Kad Pengenalan lebih sejuta .

No comments: