Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah
Pemberi maklumat dan saksi dalam Suruhanjaya Diraja seperti Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil (bekas Penolong pendaftar JPN Sabah), Ramli Kamaruddin (bekas Pengarah JPN Sabah), Mohd Nasir Sugip (bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah) tampil memberikan keterangan. Mereka-mereka pernah ditahan di bawah ISA kerana 1995 hingga 1999 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak. Mereka-mereka ini hanyalah orang-orang suruhan (ikan bilis sahaja). Siapakah “ikan jerung” yang berikan arahan kepada mereka? Di mana “ikan jerung” itu sekarang?
Antara pendedahan yang menggemparkan adalah :
Berlakunya arahan peringkat tertinggi negara melibatkan Tun. Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddinn (bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir) kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Semunya dilakukan sekitar 1990an untuk menukar demografi negeri Sabah
Lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
Pada 1993, sekitar 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang haram di Sabah. Dengan dana sekitar RM80,000 pegawai JPN Sabah diarahkan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada Filipina, Indonesia dan pendatang Pakistan di Sabah.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sejumlah 66,682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
Pengarah SPR Sabah pada tahun 1994 yang bernama Wan Ahmad Wan Yusof telah memberi arahan kepada JPN Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada 16,000 pendatang haram Filifina & Indonesia untuk membolehkan golongan itu mengundi
RCI juga didedahkan pendatang haram yang dipilih dalam “Projek IC Sabah” ini diklasifikasikan sebagai pengundi bumiputera Islam dalam suatu operasi yang digelar sebagai ‘Ops Durian Buruk’ di mana identiti mereka telah diubah termasuklah nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar dan gambar. Alasan yang diberikan, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah. Benarkah? Atau….
Dan yang menariknya lagi, Suruhanjaya Di Raja telah dimaklumkan yang mana kebanyakan pendatang haram yang ditukarkan identitinya itu dan diberikan IC diagihkan kepada kalangan calon Barisan Nasional (BN) semasa berlangsungnya pilihan raya negeri tahun 1994. Adakah ia sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini di mana berlkau pada tahun 1995?
oLEH YANG DEMIKIAN ...PASTIKAN PENGAKUAN TUN MAHATHIR YANG MENGGEMPARKAN UMNO/BN INI TIDAK AKAN MENJADI CUBAAN MENGHALALKAN APA YANG DIBUAT OLEH PM SEKARANG BERKAITAN PENGUNDI YANG MENDAPAT IC SEGERA.
TUN MAHATHIR PERLU DISIASAT SAMADA BELIAU SUDAH NYANYUK ATAU TIDAK.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment